Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 Julai 2011

Derita Nurul Keakhir Hayat ...

Gambar terbaru Nurul Dahyatul Fazlinda ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, kelmarin.




HULU TERENGGANU – “Mak, bila muka Lin akan baik (pulih) semula. Itu pertanyaan yang sesekali dilontarkan kepada ibunya di rumah, bagi meredakan perasaan.

Setiap kali pula, pertanyaan itu mengharukan Che Ku Zaimah Che Ku Awang,29, kerana tidak mempunyai jawapan meyakinkan, tetapi berusaha memujuk Nurul Dahyatul Fazlinda bahawa akan tiba masanya nanti.

Tiada lagi kedengaran becok kata-katanya, tiada lagi kerap ukiran senyuman atau gelak tawa keriangan - alam kanak-kanak yang dilaluinya bagaikan terbakar ekoran peristiwa Ogos tahun lalu.

Peristiwa yang mengubah kehidupan dan masa depannya, malah keluarganya. Konflik rumah tangga ibu dan ayahnya ternyata membawa padah dan Nurul Dahyatul Fazlinda,9, turut menanggungnya.

Ayahnya kini akan menghabiskan 10 tahun di penjara, harga yang harus dibayar atas perbuatan mencederakannya, ibu, adik dan neneknya dengan simbahan asid.

Nurul Dahyatul Fazlinda menanggung akibat paling buruk apabila asid memamah wajahnya yang mungkin membawa bersama kecacatan kekal sepanjang hayatnya.

Setelah lebih sebulan terlantar di hospital menanggung kesakitan, anak kecil itu dibenarkan pulang ke rumah, namun apa lebih menyakitkan awalnya adalah menatap wajah di cermin.

Justeru dia tahu mengapa ramai yang sebaya seakan takut mendekatinya cuba dijauhi sehingga dia lebih suka menyendiri di rumah dan hanya tangisan menenangkannya.

Malah dia mulanya enggan untuk kembali ke sekolah dengan wajah sedemikian kerana membayangkan reaksi yang sama akan diberikan oleh rakan-rakan.

Namun hampir lima bulan kemudian, sedikit senyuman terukir setelah dia berjaya dipujuk untuk melangkah ke tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Padang Setar awal Januari lalu.

Pengalaman di hari pertama sesi persekolahan membawa keriaan kepadanya, ketika pemergiannya dijemput dan ketibaannya disambut hasil pendekatan pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Daerah.

“Dulu takut nak ke sekolah sebab nanti kawan-kawan ejek dan lari tetapi selepas keluar surat khabar ramai yang mahu berkawan dengan saya,” ujarnya.

Dalam keadaan hari-hari yang ditempoh amat menyiksakan, dia tidak pernah menyalahkan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang menyebabkan wajahnya menjadi buruk.

“Lin tahu ayah bukan berniat begitu,” ujarnya sambil mengisi buku-buku ke dalam begnya sementara ibunya memakaikan pakaian sekolah adiknya, ketika ditemui wartawan di sini, baru-baru ini.

Ayah dan ibunya bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Berang bulan lalu, mengakhiri kekusutan hubungan mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular