Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 Julai 2011

FAS: Langkah persediaan menjelang Piala Malaysia

Stadium Jalan Besar ini hanya mampu menampung 6,000 penonton sementara Stadium Negara Kallang pula yang telah pun dirobohkan, merupakan tempat perlawanan Piala Malaysia dan boleh menampung lebih 55,000 penonton.




SINGAPURA - PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) sedang meneliti beberapa pilihan membangunkan sebuah 'stadium sementara' yang boleh menampung sekitar 20,000 hingga 30,000 penonton bagi memenuhi permintaan para peminat bola sepak di sini, terutama menjelang kejohanan Piala Malaysia tahun depan.

Mengesahkan demikian, Presiden FAS, Encik Zainudin Nordin, berkata ini kerana pihaknya akur Stadium Jalan Besar, yang hanya mampu menampung 6,000 orang, menghadapi masalah ruang yang terbatas.

Kelmarin, kesemua 4,000 tiket perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Singapura dengan Malaysia di stadium tersebut Sabtu ini, habis dijual dalam masa enam jam, sehingga ramai peminat kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan tiket.

Ini berbanding 80,000 penonton yang boleh ditampung Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia, tempat pusingan kedua pada 28 Julai.

'Kami akur Stadium Jalan Besar menghadapi masalah kekurangan ruang, justeru kami sedang mempertimbangkan beberapa tempat untuk membangunkan sebuah stadium sementara bagi para penyokong dan peminat sukan setempat.

'Stadium sementara ini bukan sahaja dapat digunakan bagi Piala Malaysia malah juga untuk acara-acara sukan lain, seperti Sukan Belia Olimpik (YOG),' ujarnya.

Menurut laman rasmi Majlis Sukan Singapura (SSC), Stadium Jurong dan Stadium Jalan Besar boleh menampung sehingga 6,000 penonton, sementara Stadium Bishan, Bukit Gombak dan Choa Chu Kang pula 4,000 penonton.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular