Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Julai 2011

JAIS tiada kuasa arah tutup pusat hiburan waktu Ramadan





SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen.

Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap mana-mana umat Islam yang didapati melakukan kesalahan, katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, hari ini.

Menurutnya, JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular