Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Julai 2011

JPNP Siasat kewujudan ikan ‘buaya’





TELUK INTAN - Jabatan Perikanan Negeri Perak akan menyiasat kewujudan ikan berkepala buaya yang ditemui di perairan Sungai Perak dan kini menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak terutama jabatan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Sani Mohd lsa berkata, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada pihak tertentu mengimport spesies itu daripada luar negara dan dilepaskan ke dalam Sungai Perak, di sini.

Menurutnya, pihaknya bimbang sekiranya ikan berkepala buaya itu membiak di Sungai Perak, ia menjadi ancaman kepada hidupan air tawar.

“Ikan berkepala buaya ini banyak ditemui di Negara Latin Amerika yang dikategorikan sebagai ikan air tawar selain berbahaya kerana mempunyai gigi tajam seperti buaya.

“Mana-mana nelayan yang menangkap ikan itu di perairan negeri ini diminta segera menghubungi Jabatan Perikanan Daerah agar ikan ini dapat dilupuskan,” katanya yang turut melawat dan melihat sendiri ikan berkepala buaya di Pasar Besar Teluk lntan (PBTI), di sini, semalam.

Ikan sepanjang 1.2 meter dan berat 5.8 kilogram kemudiannya dibeli oleh seorang peniaga ikan, Jamaluddin Harin, 58, daripada seorang nelayan.

Sani berkata, beliau ingin menasihati orang ramai supaya tidak memelihara ikan tersebut sama ada dalam kolam atau akuarium di rumah kerana boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya terkena gigitannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular