Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Julai 2011

Kemeriahan sambut bulan puasa di S'pura




SINGAPURA - KEMERIAHAN menyambut Ramadan seakan-akan sudah mula dirasakan di kawasan Geylang Serai, yang setiap tahun menjadi tumpuan utama masyarakat Islam membeli-belah untuk mendapatkan keperluan puasa dan Hari Raya.

Ini kerana kerja-kerja memasang lampu-lampu hiasan sedang giat dijalankan di situ dan hanya menunggu masa untuk dinyalakan.

Menerusi pemerhatian wartawan, hiasan lampu berwarna hijau dan biru kelihatan dipasang di sepanjang Changi Road bermula dekat Masjid Darul Aman hingga ke Geylang Road di depan City Plaza.

Pemasangan gerbang berhias dan lampu-lampu itu diusahakan Majlis Pusat Pertubuhan Pertubuhan Budaya Melayu Singapura dengan sokongan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ini tahun ke-15 Majlis Pusat menganjurkan acara itu.

Tahun lalu, gerbang berhias berwarna-warni yang dipasang di situ melambangkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum Singapura.

Selain menyemarakkan suasana, penyalaan lampu itu juga disasarkan kepada para pelancong, pegawai serta atlit dari luar negara yang berada di Singapura bagi Sukan Olimpik Belia (YOG).

Bagi hiasan tahun ini, difahamkan bahawa usaha menguji sepenuhnya lampu warna-warni itu akan diadakan pada 27 Julai ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular