Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 Julai 2011

Majlis meriahkan ketibaan Ramadan

Antara yang memeriahkan majlis itu.



BANDAR SERI BEGAWAN - Menjelang kedatangan bulan Ramadan, pelbagai kegiatan keagamaan diadakan di seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa Masjid dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Putat pagi ini tidak ketinggalan mengadakan majlis tahlil dan membaca doa arwah sekampung buat kali ke-19 di Masjid Kampung Putat.

Ia turut dihadiri tetamu kehormat yang juga Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain Momin, Ahli Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Jumat Akim dan Ketua Kampung Putat selaku pengerusi majlis, Haji Bakar Mansor.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin bilal Masjid Kampung Putat, Awang Mohammad Azree Haji Asli diikuti ucapan alu-aluan tetamu kehormat.

Ceramah agama turut disampaikan Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham Awang Ismail.

Dalam majlis itu juga, 13 anak yatim menerima cenderahati dan tujuh lagi menerima surat akuan tamat pengajian Kelas Al-Quran dan Muqaddam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular