Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Julai 2011

Penuntut Korea kenali budaya Malaysia, Adat Perpatih




SERI MENANTI – Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan universiti dari Korea berpeluang mengenali budaya masyarakat Malaysia yang terdapat di Muzium Seri Menanti sempena program pertukaran pelajar.

Menerusi program selama tiga hari itu, peserta dijadikan anak angkat kepada penduduk Kampung Terachi, Padang Lebar bagi membolehkan mereka merasai pengalaman dan mengenali budaya hidup di kawasan berkenaan.

Ketua rombongan dari UPSI, Mahanim Hasnan berkata, seramai enam penuntut dari Korea mengikuti program pertukaran pelajar dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, dua peserta akan ditempatkan di rumah keluarga angkat bagi menyertai aktiviti kemasyarakatan dan majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

“Selain menimba ilmu, peserta juga didedahkan mengenai keindahan budaya tempatan.

“Malah pada masa sama, penduduk dapat memahami budaya dan cara pemikiran pelajar dari Korea,” katanya.

Mahanim berkata, adat resam seperti perkahwinan, cara makan, sukan dan peralatannya sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

“Apa yang kita lakukan ini akan menjadi tajuk perbualan peserta apabila balik ke negara mereka nanti dan mungkin akan kembali lagi ke sini bersama rakan lain.

“Sudah pasti tinggal di kawasan kampung adalah satu pengalaman baru buat mereka dan sangat berbeza berbanding di tempat asalnya,” katanya.

Katanya, Negeri Sembilan kaya dengan Adat Perpatih yang unik untuk dikenali.

“Oleh itu, di kesempatan ini, saya membawa mereka ke Pesta Persukuan Adat Perpatih di Muzium Lama Seri Menanti bagi mengenali Adat Perpatih.

“Dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Padang Lebar, Ahmad Awaluddin, kami berpeluang ke Muzium Lama Seri Menanti bagi merasai keenakan masakan tradisional Negeri Sembilan. Ini satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak akan lupakannya,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular