Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Julai 2011

Polis selamatkan warga Indonesia dari kurungan

Mimi dibawa keluar dari kurungan majikannya.





KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang pembantu rumah warga asing yang mendakwa dikurung, dipukul dan didenda menjunjung sebaldi air penuh dalam tandas jika membuat kesalahan berakhir selepas diselamatkan sepasukan polis di sebuah kondominium di Cheras di sini, kelmarin.

Sebelum operasi menyelamat itu dilancarkan, wartawan menerima e-mel mengenai penderitaan pembantu rumah warga Indonesia terbabit sejak lebih setahun lalu dihantar individu mendakwa jiran mangsa.

Berdasarkan alamat diberikan, wartawan bergegas ke lokasi dimaksudkan pada jam 5 petang kelmarin dan berbual dengan pembantu rumah itu dikenali sebagai Mimi Suciyanti, 28, berasal dari Jakarta Timur.

Ketika itu, majikannya tiada di rumah dan Mimi kelihatan cemas dan takut kerana khuatir perbuatannya bercakap dengan orang tidak dikenali diketahui majikannya. Terdapat juga kesan lebam pada bawah pipi kanannya.

Menurut Mimi, dia mula bekerja dengan majikannya Februari tahun lalu dan sejak itu, bermula episod hitam dalam hidupnya apabila dia dikurung di dalam rumah dan langsung tidak dibenarkan keluar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular