Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Julai 2011

Rasuah Bola Sepak: Warga S'pura dihukum penjara dua tahun

WILSON RAJ,Gunakan pasport palsu masuk ke Finland.



SINGAPURA - SEORANG warga Singapura yang terlibat dalam skandal rasuah bola sepak antarabangsa didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Lapland di Finland atas tuduhan-tuduhan rasuah, pemalsuan dan memasuki sempadan secara tidak sah.

Wilson Raj Perumal, 46 tahun, yang juga dikenali sebagai 'Raja Kelong' telah dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, semalam.

Dia dikatakan menjadi dalang kelong keputusan bola sepak dan didapati bersalah kerana menetapkan keputusan dalam beberapa perlawanan Liga Finland dari 2008 hingga 2011.

Wilson Raj telah menyasarkan sebuah kelab Liga Finland, FC Rovaniemi, yang berpangkalan di kawasan utara Rovaniemi di Finland bagi operasi nya.

Menurut satu laporan Reuters, satu kenyataan mahkamah berkata hukuman ke atas Wilson Raj berat kerana dia telah merancang tindakannya dan menjadi sebahagian daripada kumpulan antarabangsa yang menjalankan komplot taruhan.

Sembilan pemain pasukan tersebut juga didapati bersalah dan telah diheret ke mahkamah bagi menghadapi hukuman.

Kesemua pemain tersebut; tujuh dari Zambia dan dua dari Georgia, telah digantung antara enam dengan 20 bulan kerana menerima rasuah antara 11,000 euro ($18,963) dengan 40,000 euro bagi menentukan keputusan perlawanan bola sepak.

Ketika kesnya dibicarakan di mahkamah, Wilson Raj mengaku telah membayar lapan pemain daripada FC Rovaniemi sebanyak 80,000 euro supaya mereka memastikan pasukan mereka tewas di tangan PS Kemi dalam satu perlawanan liga, Ogos lalu.

Bayaran tersebut merupakan rasuah terbesar ditawarkan kepada para pemain bagi menentukan keputusan perlawanan dalam Liga Finland.

Selain daripada itu, Wilson Raj juga dipercayai telah terlibat dalam kes-kes menentukan keputusan perlawanan serata dunia.

Antara lain dia juga sedang disiasat oleh Persatuan Bola Sepak Zimbabwe atas tuduhan-tuduhan yang serupa.

Wilson Raj telah diberkas di Lapangan Terbang Helsinki-Vantaa, Februari lalu, kerana menggunakan pasport palsu masuk ke Finland.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular