Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Julai 2011

Rombongan Terengganu lawat Brunei

Antara rombongan dari negeri Terengganu.






BANDAR SERI BEGAWAN - Satu delegasi 88 orang daripada 21 agensi kerajaan negeri Terengganu diraikan dalam majlis di Pusat Tingkatan Enam Meragang, hari ini.

Rombongan itu melibatkan warga Kementerian Pendidikan, Radio Televisyen Malaysia, Pejabat Parlimen, sektor pelancongan, institusi pengajian tinggi dan pengusaha inap desa (homestay) dari Teluk Ketapang, Terengganu.

Kunjungan muhibah dan lawatan balas pengurusan Inap Desa Teluk Ketapang itu dialu-alukan dengan taklimat pendidikan disampaikan Pemangku Pengarah Pendidikan, Pengiran Hajah Sarah Pengiran Haji Kamaludin.

Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Terengganu, Awang Ahmad Fathil Abdul Ghani dalam ucapannya berkata pihak rombongan Inap Desa Teluk Ketapang akan berada di negara ini sehingga 23 Julai.

Rombongan dari Malaysia itu kemudian diberikan taklimat oleh Penolong Pengarah Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Janidi Jinggan dan Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja, Awang Ali Hamdani Haji Md Diah. Sesi soal jawab menyusuli program hari ini sebelum penyerahan anak angkat di akhir majlis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular