Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Julai 2011

Taman Esplanade 'Pusat Temuan Kasih' ?





KUANTAN - Taman Esplanade Tanjung Api, di sini, yang baru dibuka beberapa bulan lalu kini dicemari dengan kehadiran pasangan remaja menjadikan beberapa kawasan terlindung di taman rekreasi itu untuk melakukan maksiat menjelang awal pagi walaupun taman berkenaan berhampiran masjid.

Malah, lebih memalukan apabila ada segelintir mereka dikatakan sanggup melakukan maksiat di kawasan berbatu dan tiang konkrit di jeti terapung kawasan masjid berhampiran taman berkenaan atau menceroboh bot nelayan di sekitar taman rekreasi itu.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Li, berkata ramai nelayan di kawasan itu terserempak dengan pasangan remaja yang sedang bercumbu terutama ketika awal pagi antara jam 2 pagi hingga jam 5 pagi.

"Selalunya pada waktu berkenaan, keadaan taman rekreasi itu agak lengang dan tidak ramai pengunjung kecuali kaki pancing dan pasangan berkenaan memilih lokasi yang gelap dan terlindung untuk berpelukan dan bercumbuan dengan pasangan masing-masing.

"Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di sebalik tiang konkrit di jeti terapung serta kawasan batu di hujung taman ini yang terletak berhampiran masjid," katanya.

Namun, katanya, ada juga pasangan yang terdesak dan melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat lebih mudah dilihat iaitu dengan duduk bersandar di antara lantai konkrit dan batu pemecah ombak kerana sudut berkenaan juga terlindung dan gelap.

"Ada individu pernah menemui kondom dalam tandas masjid sehingga pihak pengurusan masjid terpaksa mengunci pagar selepas lewat malam bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

"Segelintir nelayan di sini juga mengadu pernah melihat pasangan remaja terbabit keluar daripada botnya di jeti berkenaan pada awal pagi dan tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu selepas menyedari kehadiran kami," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular