Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kahwin Lari: Nabila berjanji akan pulang

Nabila Azhazra.





MELAKA – Atlet menembak pelapis kebangsaan, Nabila Azhazra (gambar) yang menghilangkan diri setelah kahwin lari pada tahun lalu, berjanji akan pulang ke pangkuan keluarganya di Batu Berendam satu hari nanti.

Bapa atlet berkenaan, Azlan Maidin, 53, berkata, Nabila, 20, menghubungi kakaknya, Quraishah, 26, malam kelmarin dan meminta mereka sekeluarga agar tidak bimbang mengenai keselamatannya.

“Nabila juga berpesan kepada kakaknya agar memberitahu saya bahawa dia akan pulang ke rumah satu hari nanti namun, sekarang belum tiba masa untuk dia pulang.

“Dia juga enggan memberitahu di mana mereka (Nabila dan suaminya) menetap namun, mengatakan masih berada di Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Media kelmarin melaporkan mengenai tindakan Nabila yang menghilangkan diri sejak bulan lalu setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand, pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut, lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

Azlan berkata, Nabila menghubungi kakaknya itu menggunakan telefon awam bagi mengelakkan mereka sekeluarga menghubunginya semula.

“Walau tak tahu dengan tepat di mana dia berada kini, saya lega apabila hubungan kami masih tidak putus dan Nabila masih sudi menghubungi kami di sini.

“Malah dia juga telah melahirkan kesanggupan untuk pulang,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular