Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Peraduan kenali artifak dan tokoh Melayu/Islam




SINGAPURA - MUNGKIN ramai yang tidak mengenali tokoh-tokoh Melayu/Islam seperti Malahayati, wanita pertama yang memegang jawatan laksamana pada penghujung abad ke-15.

Oleh itu sempena Penyalaan Lampu Raya tahun ini, Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura menganjurkan pertandingan mengenali tokoh-tokoh Melayu/Islam dalam sejarah, terutama dengan tujuan mendidik golongan muda.

Menurut Majlis Pusat, bagi pertandingan itu, tokoh-tokoh dan artifak-artifak Melayu silam kini dipaparkan di tiang-tiang lampu sepanjang Changi Road dan Geylang Serai, yang merupakan kawasan penyalaan Lampu Raya tahun ini.

Bergelar Pertandingan Informasi Ikon & Artifak Dunia Melayu, Dunia Islam, para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang ikon dan artifak yang dipaparkan di tiang-tiang lampu tersebut.

Hadiah yang ditawarkan ialah $1,000 bagi juara; $500 untuk naib juara; dan $300 di tempat ketiga.

Hadiah sagu hati bernilai $100 setiap seorang juga disediakan kepada tujuh pemenang.

Menurut Presiden Majlis Pusat, Encik Zulkifli Mohammed, pihaknya telah membentangkan sejarah ringkas sebahagian daripada tokoh Melayu silam, selari dengan usaha menyuntik unsur-unsur pendidikan dalam acara Penyalaan Lampu Raya.

'Kami juga memaparkan artifak-artifak silam yang menunjukkan teknologi dan kemahiran seni budaya generasi awal orang-orang Melayu.

'Tujuan usaha ini adalah untuk kita kenal dan cinta warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada sejarah kita.

'Dalam sejarah silam warisan kita, ada khazanah, ada kekuatan, ada pengajaran untuk masa depan kita,' ujarnya.

Menurut Majlis Pusat, sebanyak 19 ikon dan artifak Melayu dipamerkan di 80 tiang lampu di sepanjang 1.8 kilometer jalan raya dari Changi Road hingga ke Geylang Road.

Profil dan penerangan mengenai 10 orang ikon Melayu seperti Leftenan Adnan, Malahayati dan Mohamed Eunos Abdullah, serta artifak-artifak seperti Gelang Kana Emas Majapahit, Akhbar Jawi Peranakan dan Batu Singapura dipamerkan di tiang-tiang khas.

Pertandingan dibuka kepada semua warga negara Singapura dan penduduk tetap.

Setiap peserta dikehendaki menjawab soalansoalan dan mengemukakan tiga informasi daripada 10 ikon yang diketengahkan.

Tarikh tutup penyertaan ialah 19 Ogos ini.

Butir-butir lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi dengan melungsuri laman web Majlis Pusat di www.majlispusat.org.sg.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular