Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 Oktober 2011

Lelaki Melayu dibogel dan dirakam aksi panasnya




AMPANG - Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.

Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.

Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.

Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular