Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 21 Januari 2012

Bayaran RM70,000 wajah kejelitaan gadis terserlah




KUALA LUMPUR - Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih ‘wanita jadian’. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih ‘jelita’ dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.

Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.

Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.

Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan.

Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila ‘saiznya’ boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.

Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.

“Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.

“Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala ‘aset’ mereka,” katanya.

Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik.

Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung.

“Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi.

“Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik,” katanya.

Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah.

Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500.

“Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular