Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 21 Januari 2012

DJ wanita kaki ganja




KOTA KINABALU - Seorang wanita yang juga penyampai stesen radio swasta berbahasa Inggeris, di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, tengah malam, penyampai radio berusia 26 tahun itu dilihat berhibur bersama beberapa rakannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Difahamkan, selepas ditahan, penyampai radio itu dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap wanita berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.

Berikutan itu, penyampai stesen radio terbabit yang masih bujang ditahan di IPD Kota Kinabalu bagi membantu siasatan. Dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, 33 orang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun diperiksa dan hasil ujian air kencing mendapati tiga positif dadah iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an didapati positif ganja.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan beberapa individu yang positif dadah itu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, tiga suspek dibawa ke IPD Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular