Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Januari 2012

Foto Majlis Pernikahan Ally Iskandar-Nurfarahin Romli



KUALA TERENGGANU - Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10 pagi tadi oleh Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.

Tanpa mendedahkan wang hantaran, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah Lee menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah al-Quran.


Sementara, Ally menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung TV3.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular