Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 17 Januari 2012

Hasrat rai ulang tahun perkahwinan tak kesampaian



SINGAPURA - KEPULANGAN suami tercinta ke pangkuannya sangat dinanti-nantikan.

Cik Nur Hidayu Sudarmaji menghitung hari menanti kepulangan suaminya, Encik Mohamad Yusof Ghazali, setelah hampir sebulan terpisah.

Beliau tidak sabar mahu menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 pada 18 Januari ini.

Namun, dua hari sebelum hari yang ditetapkan, suaminya 'pulang' - bukan ke rumahnya, tetapi ke rahmatullah.

Encik Mohamad Yusof, 43 tahun, seorang pemandu teksi menemui ajal setelah ditenggelami ombak besar di Pantai Trikora di Bintan, Sabtu lalu.

Allahyarham, seorang anggota kumpulan Tabligh Jamaat yang bergerak di Masjid Angullia di Little India berkunjung ke pulau itu bersama tiga lagi ahli kumpulan pada 18 Disember tahun lalu untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk di sana.

Namun, Allahyarham bersama Encik Nur Yusof Abdullah, 45 tahun, menemui ajal di sana, dua hari sebelum mereka dijangka pulang.

Ketika ditemui di flatnya di Woodlands semalam, Cik Nur Hidayu, 28 tahun, berkata sebelum ini beliau tidak pernah ternanti-nanti kepulangan suaminya yang sering ke luar negara bersama ahli kumpulannya.

'Tapi kali ini, saya tidak sabar menunggu kepulangannya. Mungkin kerana ulang tahun perkahwinan kami akan tiba. Atau mungkin ia satu petanda,' kata Cik Nur Hidayu.

Menurut wanita yang memiliki perniagaan di Internet menjual kuih berjenama Soffayu, beliau baru sahaja memulakan kelas membuat kuih di rumahnya apabila mendapat panggilan tentang kemalangan itu.

'Pada mulanya, saya tidak mahu menerima bahawa suami saya sudah tiada.

'Saya meninggalkan kelas dan terus masuk ke bilik dan melakukan solat sunat. Saya kemudian berdoa supaya suami saya cepat ditemui dalam keadaan masih bernyawa,' kata Cik Nur Hidayu yang telah merancang bercuti bersama suaminya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka kelak.

Namun, sekitar 4 petang, beliau mendapat satu lagi panggilan yang menyatakan suaminya telah tiada.

Mayat Allahyarham Mohamad Yusof ditemui sekitar 3.45 petang, hampir tujuh jam setelah dipukul ombak besar.

Kedua-dua mangsa dikatakan berenang di laut bersama Encik Muhammad Ridwan Selamat sebelum ombak besar memukul.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular