Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 Januari 2012

Isteri menderita 18 tahun kahwin

Ros menunjukan lengan yang dicederakan bekas suaminya.





BAYAN BARU – Kehidupan sebagai ibu tunggal amat memeritkan, apatah lagi apabila diancam bekas suami yang sering memantau pergerakan Ros 49, tahun melalui rondaan di sekitar kawasan rumahnya.

Dia yang sudah bercerai sejak empat tahun lalu kini dihimpit kesusahan apabila bekas suami yang berusia 48 tahun itu bukan sahaja enggan membayar nafkah, malah rumah yang diduduki kini terpaksa dikosongkan.

“Selepas bayaran ansuran bulanan gagal dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kami tiga beranak diarahkan untuk berpindah.

“Bekas suami yang sudah berkahwin lain bukan sahaja tidak peduli akan dua anaknya, malah bertekad memutuskan hubungan melalui nota amaran yang dihantar ke rumah,” katanya ketika ditemui di Persiaran Mahsuri.

Menurutnya, dirinya didera secara fizikal dan mental sepanjang 18 tahun perkahwinan yang dibina atas dasar cinta.

“Dia yang bekerja sebagai penyelia hotel akan memukul menggunakan objek keras seperti seterika sekiranya ada yang tidak kena.

“Keadaan berlarutan sehingga saya sendiri akhirnya ke pejabat agama untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi,” katanya.

Dia yang berasal dari Perlis mendakwa, bekas suami dan isteri barunya turut mengancam untuk menyimbah dengan asid sekiranya perihal mengenai nafkah dibangkitkan selepas proses penceraian selesai.

“Saya bimbang akan keselamatan kami sekeluarga memandangkan jiran sering memaklumkan bahawa mereka ternampak bekas suami berlegar–legar di sekitar taman perumahan.

“Saya akan terus bekerja untuk menyara kehidupan kami sekeluarga memandangkan anak sulung yang berusia 19 tahun berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa, manakala anak bongsu pula berada di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Al – Mashoor,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular