Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 Januari 2012

MTUC hadapi undi tidak percaya esok



SHAH ALAM - Mesyuarat majlis am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) esok dijangka hangat dengan beberapa kesatuan gabungan mahu membawa usul undi tidak percaya ke atas presiden dan setiausaha agungnya berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen akhir tahun lalu.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad, Abdul Razak Md Hassan yang mewakili sejumlah kesatuan gabungan yang tidak berpuas hati berkata, pihaknya mempunyai sokongan yang cukup untuk berbuat demikian esok.

Bagaimanapun beliau enggan memberi butiran atas faktor strategi tidak mahu usaha mereka gagal.

Mesyuarat majlis am MTUC akan berlangsung di ibu pejabat pergerakan itu di Subang Jaya, pagi esok. Khalid Atan merupakan Presiden kesatuan manakala Setiausaha Agungnya ialah Abdul Halim Mansor, yang masing-masing menang pemilihan MTUC Disember 2010.

"Kita akan bawa undi tidak percaya ke atas presiden dan setiausaha agung atas isu kedua-dua mereka tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan, sebagaimana diamanahkan... akibat sikap mereka membelakangkan kepentingan kesatuan sekerja, kita kecundang dalam isu Akta Kerja," kata beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular