Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 19 Januari 2012

Pemenang 'Pengalaman Terbaik di M'sia' terima hadiah

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang Promosi Pelancongan Malaysia.





BANDAR SERI BEGAWAN - Penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini menyaksikan lima pemenang bertuah promosi radio Kristal FM dalam peraduan "Pengalaman Terbaik di Malaysia" yang dianjurkan oleh Pelancongan Malaysia (TM), menerima hadiah.

Hadiah utama telah dimenangi oleh Lise Kim Chandler yang telah berkongsi pengalamanya ke Kudat dan Kota Kinabalu, Sabah dan diikuti oleh Hajah Nurjalilah Haji Muhammad sebagai pemenang kedua manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Hadizah Husain dan Dayang Fizah.

Pelancongan Malaysia tidak juga lupa menganugerahkan Hajah Yusnani yang telah berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa di Malaysia, yang mana beliau telah diberikan hadiah berupa kain batik eksklusif dari Malaysia.

Pemenang pertama membawa pulang tiket pergi balik ke Langkawi termasuk penginapan tiga hari dua malam di Langkawi dan tiket masuk ke Taman Permainan Sunway Lagoon untuk dua orang.

Sementara itu, pemenang lainnya menerima hadiah berupa penginapan tiga hari dua malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur termasuk sarapan pagi dan malam untuk dua orang serta tiket masuk ke Taman Permainan Sunway Lagoon untuk dua orang.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Brunei, Pelancongan Malaysia, Jamilah Abdul Halim. Sepanjang promosi dijalankan dari 7 hingga 27 November 2011, para pendengar diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka semasa di Malaysia dengan menghubungi Kristal FM secara langsung atau rakaman audio yang dimuat naik ke laman peminat Facebook Tourism Malaysia (Brunei).

Peserta yang mempunyai 'like' yang tertinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa ke Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular