Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 14 Januari 2012

Pendaftaran Politeknik Brunei masih dibuka




BANDAR SERI BEGAWAN - Pendaftaran bagi pengambilan pertama sesi pembelajaran 2012 Politeknik Brunei masih dibukakan bagi kursus Diploma Lanjutan.

Politeknik itu menawarkan program peringkat Diploma Lanjutan yang diiktiraf oleh Majlis Pendidikan Teknikal dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC).

Kurikulum bagi program ditawarkan oleh institusi itu sebanding dengan program Diploma Kebangsaan Tinggi (Higher National Diploma) yang ditawarkan di Institut Teknologi Brunei.

Pelajar diberi pilihan 9 program diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Lanjutan dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Pengurusan , Pemasaran dan Keusahawanan, Rangkaian Komputer, Sistem Informasi dan Teknologi, Pengkomputeran Web dan Reka bentuk Dalaman.

Syarat kemasukan ialah sekurang-kurangnya lulus dalam satu mata pelajaran (Perantara Inggeris) yang bersesuaian di peringkat GCE 'A' atau mempunyai BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan yang bersesuaian. Bagi pemohon-pemohon biasiswa hendaklah mempunyai kredit dalam Bahasa Melayu di peringkat BGCE 'O'.

Keterangan lanjut dan pemohon-pemohon yang berhasrat bagi mengikuti Program Diploma Lanjutan yang ditawarkan oleh Politeknik Brunei bolehlah mendapatkan borang-borang permohonan di alamat Urus setia Politeknik Brunei,Tingkat 2, One Stop Centre, Kondominium Ong Sum Ping, Blok 2E, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA 1311, Negara Brunei Darussalam, atau menghubungi di talian 2234466.

Tarikh tutup bagi mengembalikan borang-borang permohonan ialah pada 18 Januari 2012.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular