Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 15 Januari 2012

Penyokong setia sentiasa 'doa' kemenangan S'pura

Duduk di belakang tiang gol pasukan Singapura - D. LAZARUS






SINGAPURA - SEPANJANG hidupnya beliau tidak pernah bermain bola sepak secara serius - kalau bermain sekadar kegiatan riadah.

Oleh itu tidak hairanlah jika ramai yang pasti tidak mengenal siapa itu D. Lazarus.

Bagaimanapun, bagi para penyokong setia Singapura, susuk tubuh bekas penduduk kawasan Gillman Barrack itu boleh ditemui pada setiap perlawanan Piala Malaysia.

'Tidak sukar untuk menemui saya kerana saya sering berada di tempat duduk di belakang tiang gol pasukan Singapura,' demikian pengakuan ayah dua anak berusia 64 tahun itu.

Tetapi mengapa beliau memilih tempat duduk yang dianggap sesetengah peminat membataskan penglihatan - sukar melihat setiap gerakan pemain.

Lebih menarik, menurut Lazarus, beliau akan berpindah ke tempat duduk lain, tetapi tetap di kedudukan yang sama - di belakang pintu gawang - sebaik saja pasukan negara membuat pertukaran pada babak permainan separuh masa kedua.

'Kerana apabila berada di belakang pintu gol Singapura, saya akan sentiasa minta pada tuhan agar pasukan negara tidak ditimpa kekalahan,' dedahnya.

Lazarus berkata beliau hanya meminta 'pertolongan' agar pemain penyerang lawan gagal menggugat penjaga gawang negara dan cukup lega apabila 'permintaannya' itu menjadi kenyataan.

'Tetapi ini dalam sukan, kita hanya boleh meminta bantuan, selebihnya para pemain perlu bekerja keras untuk mencatat kemenangan,' ujar beliau ketika ditemui di Alor Setar, Kedah, bersama rombongan penyokong yang dikendalikan Akbar Hashim, tengah hari semalam.

Malah, penyokong yang sentiasa bersama kelab Gombak United FC di sepanjang Liga-S Great Eastern-Yeo's itu menanti penuh ghairah kembalinya Singapura ke dalam Liga Malaysia.

'Saya telah mengikuti bola sepak sejak kecil dan menyaksikan perlawanan kelab yang hebat, termasuk ketika era pemerintahan Britain dan para pemain 'orang putih' dari angkatan tentera British,' sambungnya.

Kerana itu beliau tidak mahu melepaskan peluang kembali menyertai rombongan pasukan negara yang kini diwakili skuad SingaXII.

'Malangnya saya tidak dapat membeli tiket ketika Singapura menentang Kelantan kerana sudah habis dijual. Saya hanya menyaksikannya di kaca televisyen,' katanya.

Apakah ulasannya mengenai persembahan sulung SingaXII?

'Saya kira Singapura tidak boleh bergantung pada seorang pemain penyerang dan kita perlu mendapatkan dua pemain import di bahagian depan bagi mempertajam serangan,' usul beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular