Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Januari 2012

SPRM siasat pemain bola sepak Perlis




KUALA LUMPUR - SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis akan mengadakan pertemuan dengan sembilan pemain Perlis yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan, baru-baru ini.

Pengarahnya, Alias Darus berkata, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi mengambil maklumat mengenai dakwaan tersebut semalam.

“Selepas pertemuan dengan pegawai PFA itu, kami akan panggil pula para pemain yang disyaki terlibat dalam masa terdekat selepas perlawanan mereka menentang Pahang kelak.

"Pertemuan tersebut nanti adalah bagi mengesahkan sama ada wujud kes mengatur perlawanan dengan pembabitan seorang ‘bookie’ dalam perlawanan melibatkan pasukan Perlis," katanya.

Kelmarin beberapa media utama melaporkan berkenaan kemungkinan pembabitan beberapa pemain Perlis yang terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan selepas dibelasah tujuh gol oleh Majlis Perbandaran Muar pada aksi pembukaan Liga Premier, baru-baru ini.

Ketika post motem yang dilakukan di kalangan pemain Perlis, pengurus pasukan, Azhar Ahmad menjelaskan bahawa lebih kurang sembilan pemainnya disyaki terlibat berurusan dengan seorang ‘bookie’ dalam mengatur perlawanan tersebut.

Alias menjelaskan, sebelum ini SPRM tidak pernah menjalankan siasatan atau memanggil mana-mana pemain Perlis yang dikaitkan mengatur perlawanan dalam pasukan itu.

”Malah kami juga tidak menerima sebarang aduan daripada pihak tertentu atau telah menemui pegawai PFA selain pada hari ini (semalam).

“Saya hanya mengetahui kes pemain Perlis mengatur perlawanan itu berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan baru-baru ini,” ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular