Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 19 Januari 2012

Undi tak percaya: Gabungan dakwa Presiden MTUC bohong




SHAH ALAM - Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Presidennya Khalid Atan berbohong apabila mengumumkan majlis am yang bermesyuarat kelmarin secara sebulat suara telah memutuskan untuk menggugurkan usul undi tidak percaya ke atas Setiausaha Agung badan induk itu, Abdul Halim Mansor.

Abdul Halim terselamat daripada undi tidak percaya ke atasnya, berhubung isu pindaan Akta Kerja, selepas majlis am memutuskan untuk menggugurkan usaha itu - kali kedua dibawa ke atas kepimpinan beliau.

Khalid berkata, keputusan untuk menggugurkan usul itu dibuat secara sebulat suara selepas dibincangkan kira-kira dua jam pada akhir mesyuarat majlis am di Subang Jaya, kelmarin.

"Kami tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Presiden (Khalid) kepada media bahawa perkara ini (usul undi tidak percaya) digugurkan secara sebulat suara, ini bermakna Presiden telah cakap bohong.

"Kita menafikan apa yang beliau katakan kepada media," kata Presiden Kesatuan Kelab-kelab Malaysia, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, kesatuannya dan beberapa kesatuan lain akan mengambil tindakan memprotes kenyataan Khalid.

"Satu tindakan akan diputuskan selepas sambutan Tahun Baru Cina, minggu depan," kata beliau.Khalid berkata, walaupun ada usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan MTUC tetapi ia telah digugurkan selepas dibincangan secara mendalam.

"Ada perbezaan pandangan ke atas kepimpinan kanan MTUC, terhadap setiausaha agung, tetapi selepas dibincangkan panjang lebar, majlis am memutuskan untuk menggugurkan usul ini.

"Kesatuan gabungan merasakan bahawa MTUC perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan cabaran besar apabila kerajaan akab meminda beberapa perundangan buruh lain seperti Akta Kesatuan Kerja dan Akta Perhubungan Perusahaan," kata Khalid.

Khalid dan Halim dipilih pada pemilihan Disember 2010. Usul untuk memecat Halim pernah dibawa pada Oktober lalu, tetapi beliau terselamat apabila meminta maaf.

Beberapa kesatuan gabungan mahu membawa usul undi tidak percaya ke atas presiden dan setiausaha agungnya berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen akhir tahun lalu.Usul itu dibawa oleh Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad, Abdul Razak Md Hassan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular