Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 9 Mac 2012

Ibu Lara: Ditempatkan Pusat Sehenti JKM

Faridah yang ditinggalkan anaknya di hotel dan sekarang diberi pelindungan oleh JKM.



KUALA LUMPUR - “Saya sayangkan dia (anak). Terima kasih kerana bantu saya. Tidak tahu nak kata apa, terima kasih sajalah,” kata Faridah Maulud, 66, ibu yang ditinggalkan anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di ibu negara sejak 3 Mac lalu.

Penderitaan warga emas itu berakhir semalam apabila dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan yang mengambil langkah segera membawanya keluar dari hotel berkenaan selepas kisah wanita itu disiarkan media, semalam.

Pegawai Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK) JKM, Junaidah Jahid berkata, ketika ini Faridah ditempatkan di Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh, Selangor sementara menantikan proses carian waris terdekat sebelum tindakan susulan diambil.

Katanya, perintah untuk menempatkan bekas guru al-Quran itu diperoleh di Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, semalam dan proses untuk mengenal pasti waris atau sanak-saudara terdekat mengambil masa 30 hari sebelum dia dijaga pusat jagaan kelolaan JKM.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular