Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 5 Mac 2012

Maya Karin diserbu peminat di Brunei



BANDAR SERI BEGAWAN - Hebahan pengumuman juruhebah bertugas menerusi stesen radio Kristal 90.7 FM mengenai kunjungan dua selebriti aktor dan aktres popular Malaysia Bront Palarae dan Maya Karin ke negara ini bagi acara pertama Kristal Astro Fiesta anjuran DSTGroup menarik perhatian pendengar.

Bermula dari balai ketibaan di lapangan terbang antarabangsa Berakas para peminat sudah pun menanti bagi menyambut mesra dua bintang filem pecah panggung filem Ombak Rindu itu yang tiba dari Kuala Lumpur malam tadi dan yang diundang khas bagi acara fiesta ini.

Keterujaan peminat setia untuk menatap dengan lebih dekat wajah kedua-dua pelakon yang memegang watak sebagai Izzah (Maya Karin) dan Mail (Bront Palarae) melalui filem tersebut ternyata tidak dilepaskan menerusi satu slot istimewa iaitu segmen makan tengahari bersama bintang suka ramai ini yang berlangsung di All Season Restaurant di Time Square pagi tadi.

Kesempatan itu yang memberi ruang kepada peminat setia untuk berjabat, bergambar dan beramah mesra bersama dua pelakon sensasi ini. Terima kasih kepada DSTGroup dan Kristal FM.

Lanjutan dari pertemuan itu kemudian beralih ke satu lagi segmen menarik ia itu melalui penampilan pentas dua pelakon filem bercorak melodrama Ombak Rindu itu di acara fiesta sempena promosi pakej kristal astro yang berlangsung di ruang legar Airport Mall Berakas di mana orang ramai diberi kesempatan untuk bertemu dengan dua bintang kesayangan ramai ini.

Di lokasi tersebut ribuan peminat sudah sedia menanti dan keterujaan mereka untuk bertemu dengan dua bintang popular ini jelas tergambar di wajah mereka.

Menerusi slot yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu beberapa penonton dijemput ke pentas untuk bersama dengan dua pelakon undangan khas ini bagi sama-sama menambah meriahkan lagi suasana fiesta yang dianjur buat kali pertama ini.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang begitulah juga kepada orang ramai serta peminat yang hadir menyaksikan acara fiesta ini yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama dua pelakon pujaan mereka Maya Karin dan Bront Palarae.

Melalui temu bual ringkas Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin memberitahu bahawa beliau amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat kepadanya dan tidak menyangka bahawa filem Ombak Rindu juga mendapat sambutan yang hebat dari penggemarnya di sini.

"Ini adalah kunjungan kedua Bront ke negara ini," ujar aktor kacak tinggi lampai ini.

Manakala bagi Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, pelakon kelahiran Beyreuth, Jerman ini memberitahu bahawa ini adalah kunjungannya yang ketiga ke negara ini dan beliau sepertimana Bront juga terharu dengan sambutan yang diberi oleh peminat di sini terutama kepada penggemar lakonannya dalam filem Ombak Rindu.

Pelakon Maya Karin mula menempa nama dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Seri Dewi Malam dan pernah diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 21 pada tahun 2008 menerusi filem Anak Halal.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular