Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 5 Mac 2012

Panggung Singapura bakal jadi kondo runcit

Panggung Singapura ini akan diganti dengan hab komersial dan kondominium yang bakal siap 2018.




SINGAPURA - PANGGUNG Singapura yang pernah popular di kalangan masyarakat Melayu untuk menonton filem bakal berubah wajah untuk dijadikan hab kediaman dan komersial.

Diberi nama Millage - ia bakal dibangunkan setinggi 11 tingkat dan akan menempatkan kondominium dari tingkat empat hingga ke tingkat 11.

Pusat beli-belah pula bermula daripada besmen satu hingga tingkat dua. Tingkat tiga adalah kolam renang.

Ia dijangka siap sepenuhnya untuk didiami pada 2018.

Sejumlah 86 unit komersial disediakan dan 70 unit kediaman menanti pembeli bagi projek yang dianggap menjadi mercu tanda baru di kawasan Geylang Serai.

Projek tersebut dibangunkan bersama oleh Roxy Pacific Holdings Company dan Macly Management Pte Ltd.

Pemaju projek tersebut adalah Mequity Assets Pte Ltd - sebuah anak syarikat Roxy Pacific.

Pengarah (Projek) Macly Management, Encik Ken Yeo, berkata projek tersebut akan dilancarkan Jumaat ini untuk mula dijual kepada orang ramai.

Agensi hartanah bagi Millage akan dikendalikan oleh Huttons Real Estate Group dan seorang ejennya, Cik Wendy Cheng, berkata kewujudan Millage pada hari muka dijangka mengubah landskap kawasan Geylang Serai.

'Saya menjangka kawasan beli-belah Millage akan melihat barangan atasan (high-end) dijual dan golongan muda menjadi sasaran.'

Pada 2010, pemilik hartanah bagi bekas Panggung Singapura, Shaw Brothers Limited, telah menjual bangunan tersebut kepada sebuah konsortium pada harga $44.9 juta.

Terletak di 55 Changi Road, bangunan di sebelah Pasar Geylang Serai itu merupakan satu-satunya pawagam di daerah Geylang yang pernah menggunakan nama Panggung Taj - menayangkan filemfilem Hindustan dan Melayu.

Kini bangunan itu dihuni pusat makanan Serai Makan Place yang berstatus halal yang menjual makanan Barat, Thai, Melayu dan India.

Encik Yeo berkata pihaknya masih dalam perbincangan bagi menentukan bilakah Serai Makan Place perlu mengosongkan bangunan tersebut bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

Panggung Singapura mempunyai keluasan hartanah 58,490 kaki persegi dan telah disenaraikan dalam Pelan Utama 2008 di bawah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sebagai kawasan komersial - yang terletak berdekatan dengan Paya Lebar Central.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular