Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 16 April 2012

Elak guna simbol kematian agama lain



KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.

“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya kepada wartawan, di sini, bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.

Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.

Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.

Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya ia tidak mencerminkan kepercayaan orang bukan Islam, tindakan tersebut tidak mendatangkan masalah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dibuat justifikasi secara tepat kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terutama di pihak penganjur yang menganggap ia sekadar simbolik dan bukan niat mengkafirkan mereka.

“Kita tidak dapat pastikan sama ada ia mempunyai unsur agama atau tidak, dan perlu kepada ketepatan dari segi kalungan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular