Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Ogos 2012

300 menanti Chong Wei di KLIA pagi ini


Sebahagian daripada peminat menanti ketibaan Lee Chong Wei di KLIA pagi ini




KUALA LUMPUR - KIRA-kira 300 peminat sedang menanti ketibaan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua dalam Sukan Olimpik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi hari ini.

Mengikut tinjauan Sinar Harian Online, rata-rata peminat dari pelbagai bangsa tidak sabar menanti ketibaan wira negara itu menunggu beliau di balai ketibaan sejak 6.30 pagi tadi.

Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Chong Wei tetap menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.

Salah seorang peminat yang tiba di KLIA sejak awal pagi lagi, Camiella Camca, 29 berkata, dia begitu teruja untuk menyambut jaguh negara itu hari ini.

"Saya tiba dari pagi lagi semata-mata mahu sambut Chong Wei. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah mengharumkan nama negara.

"Bagi saya, Chong Wei seorang pemain yang patut dibanggakan. Diala wira negara," katanya.

Pada Ahad lepas, Chong Wei, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan, membawa pulang perak setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada jaguh  China Lin Dan pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London semalam.

Keputusan itu mengulangi pencapaian di Beijing empat tahun lepas apabila beliau turut kecundang pada lawan yang sama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular