Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Ogos 2012

Tangan hancur tersepit mesin tebu


Kanak-kanak yang terbabit dalam kejadian tersebut.






BALING - “Saya hampir pengsan melihat tangan kanan anak hampir hancur selepas tersepit mesin air tebu. Lebih membuatkan saya buntu apabila mesin itu tidak dapat dimatikan malah terus bergerak,” kata Siti Aishah Mohd Siddiq, 33, ibu kepada Mohd Hafiz Haikal Shaharuddin, 5, yang tangannya hampir putus tersepit mesin air tebu, minggu lalu.

Mohd Hafiz yang baru mendapat pendidikan di Tabika Perpaduan Kuala Pegang, kudung pergelangan tangan kanannya kerana hancur dan kini masih dalam proses pemulihan.

Siti Aishah yang berasal dari Kampung Banggol Asam Jawa berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya termasuk Mohd Hafiz singgah ke sebuah gerai air tebu di Sungai Limau selepas pulang membeli barangan dapur di sebuah pasar raya di sini 31 Julai lalu.

“Pada hari itu, Mohd Hafiz begitu beria-ria untuk minum air tebu kerana memang gemarkannya. Malah dia nampak seakan tidak sabar untuk minum. Perangainya amat menghairankan, seolah-olah saya tidak pernah membelikannya air tebu,” katanya.

Menurutnya, ketika singgah di gerai untuk membeli air tebu, hanya dia yang keluar dari kenderaan, manakala Mohd Hafiz dan kakaknya, Nurul Intan Safira, 9, berada di dalam kereta.

"Secara tiba-tiba, Hafiz keluar dari kenderaan dan terus meluru serta mencapai mesin tebu yang sedang berfungsi.

“Saya tergamam melihat mesin tebu itu terus menyepit tangannya. Saya lihat depan mata cebisan daging jatuh ke atas tanah.

“Saya hanya mampu mengucap panjang sementara menunggu pemilik mesin itu mengeluarkan tangan anak saya,” katanya.

Siti Aishah berkata, anaknya itu langsung tidak menangis mahupun mengerang kesakitan walaupun mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan tangannya dari mesin berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular