Selasa, 30 Mac 2010
Sekolah Di Sarawak, Sabah Dan Labuan Dibenar Ambil Cuti Gawai Dan Kaamatan
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Semua sekolah di Sabah dan Labuan dibenar mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti sempena perayaan Pesta Kaamatan pada 30 Mei ini dan sekolah di Sarawak untuk Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata bagi sekolah di Sabah dan Labuan yang merayakan Pesta Kaamatan boleh mengambil cuti peristiwa, yang tak perlu diganti, pada 2 Jun manakala sekolah di Sarawak yang menyambut Hari Gawai pula boleh mengambil cuti peristiwa pada 31 Mei.
Dalam satu kenyataan pada Selasa beliau kata sekolah di Sabah, Labuan dan Sarawak juga boleh mengambil cuti berganti pada 3 dan 4 Jun.
Cuti tambahan pada 3 dan 4 Jun ini boleh digantikan pada hari Sabtu 27 Mac dan 10 April
