Rabu, 30 Mac 2011

Video seks: Polis masih tunggu hasil analisis pakar


Datuk 3T yang mempamerkan video berkaitan kepada para wartawan dihotel Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil laporan analisis pakar ke atas bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, buat masa ini, analisis terhadap bahan-bahan bukti itu sedang dijalankan oleh pihak pakar.

Pada masa yang sama, katanya, polis masih di peringkat mengumpul keterangan-keterangan untuk menyokong fakta yang ditemui bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.