Rabu, 23 Mei 2012
Berbogel sewaktu ditangkap
DAMANSARA – Dua lelaki yang asyik bercumbu dengan dua pelacur Vietnam dalam keadaan berbogel tersentak selepas bilik mereka diterjah oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor petang tadi.
Hasil serbuan di dua premis berlesen yang berselindung di sebalik pusat rawatan muka dan badan di Desa Aman Puri itu kemudiannya menemui puluhan kondom yang disembunyikan di dalam cawan dan satu kondom yang telah digunakan.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, enam wanita warga asing terdiri daripada Vietnam (5) dan Thailand (1) berumur 18 hingga 30 tahun dua penjaga dan dua pelanggan ditahan
“Operasi ini dilakukan berdasarkan risikan selama sebulan dan berdasarkan lesen kedua-dua sudah beroperasi sejak tiga tahun namun premis itu menawarkan khidmat seks pada kadar harga RM 168. untuk tempoh sejam,” katanya
Difahamkan ke semua wanita warga asing yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial
“Premis ini telah menyalahgunakan lesen pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan yang dikeluarkan dan kita akan minta pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen kedua-dua premis ini,” katanya.
Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa IPK Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut.