SKUDAI - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulangi pendiriannya menolak pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini kerana dikatakan tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk malah ia bukan sebahagian dasar yang diputuskan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun kata Kit Siang, DAP menghormati agama masyarakat berbilang kaum di negara ini termasuk menerima agama Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Saya berpendapat undang-undang hudud memang tidak sesuai di Malaysia.Kita tetap hormati semua agama yang dianuti oleh semua masyarakat di negara ini. Kita tidak anti kepada mana-mana agama sekalipun,” katanya semasa sidang media di Bilik Gerakan DAP, di sini, semalam.(sh)