HULU SELANGOR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah kosong di Bukit Beruntung di sini Khamis lalu.
Suspek berusia 26 tahun itu diberkas pada pukul 11 malam selepas polis menerima laporan mangsa yang mendakwa dia telah dirogol lelaki itu.
Menurut sumber, tukang rumah itu dipercayai telah merogol mangsa sebanyak 10 kali. Kali terakhir pada 14 April lalu.
"Pasangan itu telah berkenalan sejak dua bulan lalu sebelum mereka menjadi pasangan kekasih.
"Mangsa bertindak membuat laporan polis selepas mendapat tahu lelaki itu ingin meninggalkannya dengan alasan mahu berpindah tempat kerja di Seremban," katanya (kosmo)