KUALA LUMPUR - “Ketika ditahan, saya bukan berdua-duaan, tetapi sebenarnya kami berlima. Saya sifatkan penahanan itu perangkap yang dikenakan ke atas saya,” kata pelakon, Shahrizal Jaszle, 25 atau Shah Jaszle.
Beliau berkata demikian mengulas isu penahanan khalwat ke atas dirinya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 16 Mei lalu.
Hampir dua minggu pelakon itu mengunci mulut selepas didakwa berkhalwat di Apartment Taman Sri Subang jam 3.30 pagi, akhirnya Shah Jaszle semalam tampil memberi penjelasan.
Katanya, beliau menganggap dirinya tidak bersalah kerana ketika kejadian, dia dan empat rakan lain turut ditahan.