Jumaat, 5 Julai 2013
Abang didakwa rogol adik
KLANG - Seorang pelajar tingkatan empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merogol adik perempuannya yang berusia 10 tahun di rumah mereka di Pandamaran, di sini dua tahun lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Pandamaran di sini pada November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun, maksimun 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh mungkin mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, peguam bela Farah Idayu Musa yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan memandangkan mangsa kini tidak lagi tinggal serumah dengan anak guamnya selepas kejadian. (kosmo)
