Foto Hiasan: Pengikut Syiah
NUSAJAYA - Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Bahru dan Kluang.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.
"Di Johor Bahru, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini semalam.
Abd. Mutalip berkata, markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif.(kosmo)
