LEDANG - Jenazah pelakon Maimon Mutalib, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sialang, Tangkak, di sini, jam 10.20 malam semalam.
Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Sialang, Tangkak sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan lima cahayamata, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah membintangi beberapa filem seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cuci, Chermin, Otai, Semerah Cibta Stilleto dan Budak Pailang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang semalam di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, selepas dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Kesihatan allahyarham dilaporkan merosot selepas disahkan menghidap penyakit kanser payu dara tahap empat, tahun lalu.
Rakan artis yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk, Azizah Mahzan dan Mak Jah.
(SH)