Zahrain
PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
"Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia.
"Bagaimanapun, tarikh beliau memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan kerajaan Indonesia," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini semalam.(kosmo)