Khamis, 31 Oktober 2013

Safee Sali dapat tawaran kelab Thailand, Indonesia

KUALA LUMPUR - Penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui menerima beberapa tawaran daripada kelab luar termasuk Thailand Suphanburi FC dan dua kelab daripada Indonesia, Arema Malang dan Persib Bandung.

Bagaimanapun dia yang masih memiliki kontrak hingga hujung November ini bersama Johor Darul Takzim (JDT) masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana kelab termasuk Selangor yang turut membuat tawaran mendapatkan khidmatnya.(Kosmo)