Sabtu, 23 November 2013
SENIMAN: Zed Zaidi sedia bertanding semula
KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi sedia bertanding semula jawatan tersebut sekiranya ahli Seniman masih memerlukan perkhidmatannya.
Pelakon tersebut memberitahu, jika ahli Seniman berpuas hati dengan perkhidmatannya sebelum ini dia bersedia untuk bertanding semula jawatan nombor satu Seniman pada mesyuarat agung tahunan (AGM) nanti.
“Saya akur dengan keputusan mahkamah yang telah diputuskan dan menerima dengan hati terbuka.
“Terpulang kepada ahli persatuan, sekiranya ingin melihat saya menerajui semula persatuan itu untuk menjadi presiden pada AGM yang bakal diadakan dalam tempoh kira-kira dua bulan ini,” kata Zed Zaidi ketika ditemui pada majlis sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini semalam.(Kosmo)