Khamis, 27 Mac 2014

Raja Bomoh perlu taubat


IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.

Beliau berkata, Ibrahim menggunakan kaedah ilmu perbomohan baru-baru ini ketika proses mencari pesawat MH370 yang nyata mengelirukan serta bercanggah dengan hukum agama dan perbuatan syirik.

“Bomoh ini wajib bertaubat kerana ia tidak membawa ke mana-mana.

“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya selepas menyampaikan tauliah kepada 33 tenaga pengajar Islam, kelmarin.