Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 November 2011

Lelaki mengaku main kemaluan gadis dihukum




KOTA BHARU – Seorang nelayan berusia pertengahan 30an dijatuhi hukuman empat tahun penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang remaja 13 tahun yang tinggal sekampung dengannya di Badang di sini, dua bulan lalu.

Hukuman terhadap Wan Mohd Nizam Wan Mohd Yusoff, 35 diputuskan Majistret Mohd Fazly Ali Mohd Ghazaly mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan yang dihadapinya, Wan Mohd Nizam didakwa melakukan perbuatan jijik itu ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumahnya di Kampung Pulau Gorek, Tanjung Baru di sini, pada 22 September lalu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, tertuduh yang menceroboh masuk melalui sebuah tingkap mencabul mangsa dengan menarik seluar remaja itu lalu memegang kemaluannya dengan niat untuk merogol, bagaimanapun, jeritannya menyebabkan tertuduh melarikan diri.

Berang dengan perbuatan itu, pengadu kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sebulan selepas kejadian itu.

Pada prosiding jam 12 tengah hari semalam, tertuduh mengaku bersalah dan memberitahu mahkamah yang dia tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mangsa selain memohon hukuman denda ke atasnya dikurangkan.

Rayuan itu bagaimanapun gagal mengambil hati Mohd Fazly Ali yang kemudian menjatuhkan hukuman penjara tersebut dengan perintah berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat lain.

“Saya mohon mahkamah ambil kira faktor mangsa yang masih kanak-kanak dan perbuatan tertuduh itu berkemungkinan akan menjejaskan masa depannya,” katanya.

7 Tahun berkahwin baru ketahui 'suami gay'

Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.





KLANG - “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

Suami amal ilmu salah tetak isteri




SANDAKAN - “Suami sempat mencium tangan dan memohon maaf atas semua kesilapannya sebaik selesai mengerjakan solat Isyak sebelum menetak dan menikam saya dengan parang,” kata Amah Mohd Ali, 36, isteri kepada lelaki yang ditahan polis selepas ‘mengamuk’ di Kampung Mangkalinau, Ahad lalu.

Amah berkata, suaminya mula bersikap pelik selepas mengamalkan ajaran sebuah buku dipercayai dikirimkan seorang ‘tok guru’ dari Filipina.

“Saya juga melihat suami membaca pelbagai ‘bacaan’ panjang setiap kali menunaikan solat wajib.

“Selain itu, dia juga suka menyendiri dan menangis tiba-tiba serta mendongak ke langit seperti memikirkan sesuatu,” katanya ketika ditemui wartatan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), di sini, semalam.

Katanya, serangan suaminya itu menyebabkannya menerima beberapa jahitan di kepala dan belakang rusuk selepas ditikam menggunakan parang.

Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah

Saiful Apek (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.





PETALING JAYA - Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan.

Bob Lokman diburu

BOB.






SHAH ALAM - Bekas pengacara, penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman (gambar) akan ditahan sekiranya dia berada di Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.

Menurut Marzuki, waran tangkap untuk menahan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, sudah dikeluarkan Jumaat lalu selepas dia gagal hadir memberi keterangan di pejabat JAIS baru-baru ini.

Katanya, JAIS ketika ini sedang berusaha untuk mengesan lokasi sebenar Bob Lokman dan hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya beliau berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah," katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanan di sini semalam.

Imam larikan wang zakat dipenjara 4 tahun, 3 sebatan




KULAIJAYA – Seorang bapa kepada dua anak yang pernah menjadi imam sebuah masjid di sini terpaksa menerima hakikat pahit menjadi penghuni tirai besi selepas Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan kerana menggelapkan wang kutipan zakat sebanyak RM19,510 pada Ogos tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh di atas dakwaan tersebut.

Bapa kepada dua anak berusia dua dan empat tahun itu dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai amil fitrah bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim bagi kawasan bandar Kulai.

Redzuan didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan sebanyak RM19,510 dengan menggunakannya untuk kegunaan peribadi di sebuah pasar raya di sini antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.

Dia didakwa melakukan pecah amanah selepas gagal menyerahkan wang tersebut kepada Pejabat Agama Islam daerah dan MAINJ sebaik membuat kutipan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda.

“Mahkamah mengambil beberapa ketetapan seperti kapasiti tertuduh sebagai amil fitrah dan pengakuan bersalahnya yang mana ia telah menjimatkan masa mahkamah. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan,” kata Zaiton dalam penghakimannya.

Dua Anggota Sat Pol PP Ikut setubuhi mangsa seks



JAMBI - Dua orang oknum Satpol PP Kabupaten Bungo, Jambi, diketahui telah memperkosa seorang wanita sebut saja Bunga (15). Edannya, Bunga adalah sebelumnya menjadi korban merupakan korban pemerkosaan seorang pria sebelum ditemukan oleh kedua oknum Pol PP, Senin (31/10/2011).

Dua oknum anggota Satpol PP Bungo itu adalah WD (33) warga kelurahan Batang Bungo dan AF (24) warga kelurahan Tanjung Gedang Pasar Muara Bungo, Jambi.

Informasi yang dikumpulkan menyebutkan bahwa kedua oknum Pol PP ikut menikmati tubuh korban, sesaat setelah ditinggal oleh pelaku perkosaan pertama.

Dimana saat itu kedua oknum Pol PP dengan menggunakan pakaian lengkap ini melintas di jalan lokasi terjadinya perkosaan. Keduanya melihat Bunga dalam kondisi lemas.

Dalam kondisi korban yang lemas, kedua oknum Pol PP ini kemudian menikmati tubuh korban.

Setelah puas menyetubuhi korban, kedua pelaku ini sempat mengancam korban agar tidak menceritakan kejadian tersebut pada siapapun, jika tidak ingin dibunuh.

Usai memperkosa oknum Pol PP memberitahukan kejadian itu ke keluarga korban dan membawa korban ke Mapolres Bungo untuk melapor.

Keduanya berhasil ditangkap setelah sebelumnya pada pukul 15.40 WIB sore tim Buser Polres Bungo, dibawah pimpinan Brigadir Nainggolan berhasil menangkap Muhammad Fauzi.

Selanjutnya, Nainggolan dan anggotanya langsung menuju rumah dua anggota Pol PP yang juga dilaporkan ikut memperkosa korban.

WD diamankan sekitar pukul 18.00 WIB dirumahnya, sedangkan anggota Pol PP lain yakni MF diamankan sekitar pukul 19.00 WIB.

Kapolres Bungo AKBP Budi Wasono melalui kasat reskrim AKP Herman membenarkan penangkapan ketiga pelaku ini.

Pelaku masih dalam pemeriksaan, sementara korban Bunga masih trauma akibat perkosaan yang dialaminya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular