Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Disember 2011

'Program Mukhayyam' bimbing pondan kembali jatidiri

ISMAIL terikut-ikut penampilan kakak





IPOH - “Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya untuk berubah, sekali gus membolehkan saya memenuhi amanat arwah bapa sebelum dia meninggal dunia awal tahun ini.”

Itu kata Baby atau nama sebenarnya Ismail, 29, seorang daripada 40 mak nyah yang menyertai aktiviti pemulihan dinamakan Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah resort di sini, selama tiga hari, bermula kelmarin.

Ismail berkata, selepas bapanya meninggal dunia, keinginannya untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan dia mula mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.

“Saya tertarik menyertai Program Mukhayyam kerana program keagamaan ini diadakan secara santai dan tanpa diskriminasi. Insya-Allah selepas tamat program ini, hala tuju saya lebih jelas,” katanya.

‘Ustazah jadi-jadian’ terima dicerca dari rakan

CATRIONA belum tinggalkan dunia lakonan





KOTA BHARU - Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.

“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.

“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Isu Penjaga Gol Khairul Fahmi: Bersara awal ?




KUALA LUMPUR - JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.

Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.

“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.

“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia. “Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit kontroversi.

Terbaru membabitkan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang tersebar menerusi beberapa blog hiburan.Kim Swee turut meminta peminat terus memberi sokongan kepada Khairul Fahmi dan tidak mudah terpedaya dengan laporan yang dianggapnya tidak benar.

“Peminat jangan mudah terpengaruh sebaliknya teruslah beri sokongan bukan saja kepada Apek tapi juga kepada pemain lain. Saya kenal Apek sebagai pemain yang berdisiplin. Dia tidak pernah datang lewat ketika sesi latihan dan sebagai kapten, dia dihormati rakan sepasukan,” katanya.

Seperkara yang turut merisaukannya ketika ini adalah bin tang baru, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang mula mendapat tumpuan peminat dan media.

Undi pos: Penduduk Semenanjung yang menetap di Sabah dan Sarawak



KANGAR - Penduduk Semenanjung yang menetap di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya atas faktor kerja dicadangkan menjadi pengundi secara pos bagi melancarkan perjalanan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzhi Sheikh Ahmad berkata, kemudahan mengundi secara pos dilihat sesuai kepada golongan ini susulan kesukaran mereka untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing disebabkan faktor kekangan masa, wang ringgit dan tenaga.

Menurutnya, cadangan itu masih di peringkat perbincangan dalam kalangan ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang turut dianggotainya dan berharap kata putus akan dicapai setelah segala maklum balas diterima.

"Saya melihat cadangan ini amat baik kerana ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga bekerja di Semenanjung. Satu mekanisme penyelesaian bagi membolehkan golongan ini turut mengundi perlu direncana bagi memastikan hak mereka ditunaikan.

"Setakat ini, saya menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak sepanjang perbincangan mengenai isu ini ditimbulkan," katanya sewaktu ditemui semalam.

Mohd Radzhi berkata, sehingga kini pihaknya menganggarkan lebih 500,000 rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung serta sebaliknya.

"Selama ini, kita mengenal pasti undi pos perlu dilaksanakan kepada rakyat yang menetap di luar negara tetapi ramai tidak menyedari terdapat satu fenomena lain yang perlu diambil kira Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Perbincangan akan diteruskan oleh ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dari semasa ke semasa dan saya berharap agar idea murni itu dapat dilaksanakan demi kemudahan rakyat," katanya.

Kerja Kosong: temuduga terbuka




SHAH ALAM - Anak Syarikat Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Ultimate Print Sdn Bhd mempelawa orang ramai yang berminat ke Temuduga Terbuka Operasi sebagai Pelatih Pencetak/ Pembantu Pengeluaran dan Operator/ Penolong Operator-operator mesin Percetakan Web.

Menurut Pengurus Besar Sumber Manusia, Ahmad Nazri Mohd Noor, mereka yang datang ke temuduga ini WAJIB membawa bersama salinan I/C, sekeping gambar ukuran pasport, sijil asal, salinan sijil, pen dan calon juga perlu berpakaian formal serta kemas.

“Bagi calon Pelatih Pencetak/ Pembantu Pengeluaran, syarat-syarat yang dikenakan mestilah lelaki, pengalaman tidak diperlukan. latihan dan tunjuk ajar akan diberikan.”

“Kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pemegang Diploma juga adalah dialu-alukan,” katanya.

Tambah beliau, calon mestilah sanggup bekerja syif malam, kerja lebih masa seperti yang diarahkan dan mampu bekerja di bawah seliaan yang minima.

Syarat minimum permohonan sekurang-kurangnya memiliki kelulusan minima SPM @ Sijil Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau setaraf dengannya.

Sementara itu, bagi calon Operator/ Penolong Operator-operator mesin Percetakan Web pula, syarat-syarat yang dikenakan mestilah lelaki, sanggup bekerja syif malam, kerja lebih masa seperti yang diarahkan dan mampu bekerja di bawah seliaan yang minima.

Memiliki kecekapan dalam mengendalikan operasi mesin percetakan web termasuk mendapatkan ‘Color’ dan ‘Register’ serta berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam mengendalikan mesin web adalah diutamakan.

Temuduga akan dijalankan pada 3 Disember 2011 bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Ultimate Print Sdn Bhd, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam. Selangor.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-5101 3814 / 815.

Ibu curiga perut puterinya kian membesar



PAREPARE - Karena alasan terpengaruh bujukan setan, seorang ayah di Parepare, Sulawesi Selatan, tega memperkosa anak kandungnya sendiri hingga hamil empat bulan.

Tragisnya lagi, anak pertama dari lima bersaudara itu, telah menjadi budak nafsu bejat ayah kandungnya sendiri sejak masih duduk di bangku SMP.

MS (41), warga Jalan Bambu Runcing, kelurahan Bumi Harapan, Kecamatan Bacukiki Barat, Parepare, Sulawesi Selatan, terpaksa digelandang ke kantor Mapolres setempat. MS menjadi tersangka pemerkosaan terhadap anak kandungnya, berinisal L (18).

Kasus ini terbongkar setelah ibu kandung korban, curiga melihat perut anaknya yang kian membesar. Korban tak bisa berbohong dan mengakui jika dirinya dihamili ayahnya sendiri.

Di depan petugas Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Parepare, korban mengaku dirinya diperkosa oleh ayahnya sendiri sejak ia masih duduk dibangku SMP.

Kasat Reskrim Polres Parepare, Sulawesi Selatan, AKP Aska Mappe, mengatakan, pelaku pemerkosaan tersebut mengalami kelainan hyper sex.

M yang telah memiliki lima anak ini diduga melakukan perbuatan tersebut karena merasa kurang puas dengan pelayanan istrinya, sehingga pelaku melampiaskan nafsu bejatnya itu terhadap anak kandungnya sendiri.

Atas perbuatannya, M kini ditahan di rumah tahanan Mapolres Parepare, Sulawesi Selatan dan dijerat Undang-undang Perlindungan Anak dengan ancaman hukuman maksimal 15 tahun penjara.

Kakek Usia 57 Tahun Cabuli Gadis 20 Tahun




PALEMBANG - Krun alias Run (57), Warga Desa Pelawi, Kecamatan Buay Rawan, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU) Selatan, Sumatera Selatan, diancam kurungan selama sembilan tahun penjara lantaran melakukan perbuatan cabul dengan menciumi seorang gadis berusia 20 tahun,Jumat (25/11/2011).

Informasi yang dihimpun, kakek Run mencabuli Mawar (20) yang masih satu desa dengan sang kakek.

Dalam laporannya ke Polres OKU, Mawar yang didampingi paman, Sipat, mengatakan kejadian itu berlangsung di rumah pamannya.

Kejadian berawal ketika Run dan Sipat istirahat makan setelah bekerja di kebun milik Sipat. Run merupakan pekerja di kebun Sipat.

Karena jam istirahat keduanya pulang untuk makan siang. Run kemudian mandi ke sungai di dekat rumah Sipat.

Setelah Run selesai mandi, Sipat kemudian bergantian pergi ke sungai. Setelah Run masuk ke rumah ia melihat Mawar sedang memasak di dapur.

Melihat Mawar seorang diri Run lantas memeluk Mawar dari belakang dan menciuminya.

Mawar yang mendapat perlakuan itu langsung berteriak, sambil menangis ia mengadukan perbuatan tersangka kepada Tarsah, bibinya. Tetapi karena takut sang bibi tidak berani mengadukan perbuatan bejat tersebut.

Sipat yang usai mandi melihat keponakannya menangis kemudian menanyakan perihal kejadian yang menimpanya. Setelah didesak kemudian istrinya bercerita bahwa keponakan mereka dicabuli Run.

Sipat kemudian menyeret kakek yang bekerja di kebunnya itu keluar dan menyerahkannya ke pemerintah desa bersama dengan warga sekitar rumahnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular