Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Disember 2011

Mak nyah seksi diberkas

Mak nyah yang diberkas dalam kes ini.





KUALA DUNGUN – Aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang sudah hampir lumpuh kesan operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa kini dilihat mula bercambah kembali.

Biarpun bilangannya tidak ramai, namun gejala berkenaan tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita.

Apatah lagi, perkara berkenaan bertentangan dengan undang-undang syariah di negeri ini.

Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, seorang ‘nyah’ yang berkeliaran di sekitar bangunan dekat sini.

Dia dipercayai sedang menunggu pelanggan dicekup sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah yang sedang membuat rondaan pencegahan.

Terserempak dengan van milik Jabatan Agama yang dinaiki pegawai terbabit, ‘nyah’ yang dikatakan mengenakan skirt pendek paras lutut dan kasut tumit tinggi yang kelihatan seksi bagi individu yang tidak mengenali identitinya itu cuba meloloskan dirinya.

Namun, dia berjaya dicekup pegawai penguatkuasa syariah terbabit.

Pemuda berumur 31 tahun berasal dari kampung Sungai Buaya itu ketika ditahan dipercayai turut memakai coli wanita.

Selain itu, dia turut mengenakan beberapa perhia-san wanita yang lain seperti gincu dan pembayang mata.

Lelaki yang cuba bersuara mirip perempuan itu akhirnya dibawa ke pejabat Unit Penguatkuasaaan Syariah Jabatan Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Sementara itu, barang peribadi miliknya seperti coli dan kasut tumit tinggi yang dipakainya turut dirampas untuk dijadikan barang bukti di mahkamah nanti.

Mak nyah yang pernah menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan sama itu akan didakwa mengikut seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan,

Sementara itu, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesnya akan disebut 9 Januari 2012 nanti.

Tan Sri Musa Hassan nafi berkahwin dengan Syella Kamaruddin

Tan Sri Musa Hassan





KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Ketika dihubungi hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

Zalim: Ayah tega menendang bayinya kerana menangis

Bayi berkenaan dirawat di hospital Pulau Pinang.





GEORGETOWN - Hanya kerana tidurnya terganggu selepas tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang sedang kelaparan, seorang bapa secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum menendang bayi perempuan di rumahnya, di Lebuh Maccalum, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki terbabit turut menghempaskan bayinya yang berusia sembilan bulan ke atas tilam sebelum isteri yang menyedari kejadian terbabit cuba masuk campur untuk meredakan keadaan.

Bukan saja bayi menjadi mangsa, malah isterinya juga terpaksa menerima padah apabila ditendang suaminya itu hingga terpaksa meminta pertolongan daripada ibu mentua yang turut tinggal serumah dengan mereka.

Menurut sumber, kejadian malang yang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu dan meninggalkan anaknya itu bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.

“Ketika itu, lelaki terbabit sedang nyenyak tidur dan bayinya yang kelaparan menangis sebelum bapanya terbangun dan menengking bayinya.

“Lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian terus menendang bayi berkenaan dan ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk menenteramkan keadaan namun dia turut ditendang suaminya,” katanya.

Menurutnya, keadaan mulai reda selepas ibu lelaki itu mengambil cucunya itu sebelum membawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Berikutan kejadian itu, bayi berkenaan mengalami lebam di muka dan juga kesan calar di belakang badan dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

“Ibu bayi terbabit kemudian membuat satu laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

MSN tidak punyai masalah dengan KOAM





KUALA LUMPUR - respons Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berhubung kesediaan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Mohamad untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara MSN dengan KOAM.

Menurut Zolkples, MSN sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan KOAM termasuk dengan presiden badan induk tersebut, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa segala masalah yang timbul antara MSN dengan KOAM adalah disebabkan tindakan timbalan presiden badan induk itu, Karim Ibrahim yang sering kali mengubah segala keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“MSN sebenarnya tidak ada masalah, baik dengan KOAM mahupun Datuk Seri Shahidan. Malah, setiap kali mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) saya dan Datuk Seri Shahidan boleh mencapai kata sepakat dalam membuat sebarang keputusan mengenai pembangunan atlet olahraga.

“Namun, ia menjadi masalah apabila Karim menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengubah keputusan-keputusan yang telah dipersetujui bersama itu.

“Sebagai contoh, berhubung program latihan atlet olahraga di Bulgaria Mei lalu, MSN dan Datuk Seri Shahidan telah bersetuju untuk menghantar mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan tetapi selepas timbul isu antidoping, ada atlet yang pergi dahulu tanpa pengetahuan MSN dengan lebih awal.

“Selain itu, ketika mesyuarat JKK, kita telah bersetuju untuk meletakkan kuartet 4x100 meter wanita di bawah jurulatih Tan Kok Lim dan bukannya dengan Harun Rasheed. Namun, atas arahan Karim, mereka perlu juga berlatih dengan Harun.

“Bukan itu sahaja keputusan yang diubah oleh Karim tetapi banyak lagi dan saya fikir semua orang pun tahu,” kata Zolkples ketika dihubungi semalam.

Justeru, Zolkples berkata, Naim yang memiliki reputasi tinggi sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mungkin boleh menggunakan pengalaman yang dimilikinya untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada Karim tentang bagaimana cara untuk menjadi timbalan presiden yang berkredibiliti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Naim kerana keprihatinannya mengenai perkara ini.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk duduk berbincang mengenai perkara ini tetapi seperti yang saya katakan KOAM perlu terlebih dahulu kemelut dalaman mereka,” jelas Zolkples.

Jumaat, 2 Disember 2011

Sebar Foto Bugil Mantan Pacarnya di Facebook




YOGYAKARTA - Karyawan swasta berinisial LDP (26) mengaku ke polisi, Kamis (1/12/2011). Pasalnya, foto bugil perempuan asal Kedung Keris, Nglipar, Gunungkidul ini tersebar luas di dunia maya melalui akun jejaring sosial.

Diduga, pelaku penyebar foto-foto yang memperlihatkan semua tubuh seksinya itu tidak lain adalah mantan pacarnya berinisial HC (30) yang tinggal di kawasan Mess Hotel Ambarukmo, Caturttunggal Depok Sleman Yogyakarta.

Diketahuinya foto-foto bugil itu setelah teman korban, Wahyu (26) dan Pandu (26) membuka akun facebook tadi malam pada 30 November 2011. Mereka melihat foto-foto perempuan yang mirip korban terpampang di internet. Selanjutnya, kedua saksi itu memberitahukan ke korban.

Mendengar pemberitahuan itu, korban kemudian memastikan untuk melihat sendiri dengan membuka akun facebook miliknya. Ternyata benar, foto-foto milik korban di upload oleh mantan kekasihnya yang sejak tanggal 24 November kemarin Putus Hubungan Kekasih (PHK).

Tanpa menunggu waktu berlarut-larut, korban melaporkan ke polisi. Kepada penyidik korban menceritakan perjalanan kisah cinta dengan pelaku yang dimulai sejak November 2010. Saat itu, pelaku bekerja di wilayah Bekasi Jakarta Timur.

Selanjutnya, pada bulan April 2011, pelaku pindah tugas di Yogyakarta. Secara otomatis, pelaku tinggal di Yogyakarta. Sejak saat itu, kedua insan ini semakin dekat. Begitu juga, kedua orang tua korban sudah mengenal pelaku yang sering berkunjung di rumah korban yang berada di Gunungkidul Yogyakarta.

Diakui korban, selama menjalin hubungan kekasih pelaku pernah memotret saat korban tidak mengenakan selehai benang di tubuhnya. Foto-foto tersebut diakui korban sebagai tanda ‘jatuh cinta’ dengan pelaku yang begitu besar.

Seiring perjalanan waktu, tepatnya sekira bulan September, hubungan kedua insan ini sedikit renggang. Keduanya sering cek-cok dan adu mulut karena selisih paham. Penyebabnya, korban sering menemukan SMS bernada mesra di telepon genggam milik pelaku yang diduga dari perempuan lain.

Johan Setubuhi puterinya kerna Kemolekan Tubuh Anaknya




KUALA KAPUAS - Ulah tak terpuji dilakukan Johansyah (37), warga RT18, Handil Simpang Aya, Desa Narahan, Kecamatan Pulau Petak, Kapuas, Kalimantan Tengah.

Indah (bukan nama sebenarnya), remaja berumur 15 tahun, diperkosa Johansyah yang tak lain ayahnya sendiri. Perkosaan itu dilakukan Johansyah, di atas kelotok, dalam perjalanan dari kampungnya, menuju ke Anjir, Batola.

Perkosaan pertama terjadi tahun 2009. Namun perbuatan itu terus dilakukannya hingga sekarang. Aksi mesum itu itu baru terungkap, setelah adanya laporan dari Samsiar (35), istri Johansyah sendiri.

Samsiar melaporkan perbuatan suaminya, ke Polsek Pulau Petak, Kamis (24/11/2011). Kemudian malamnya, Johansyah ditangkap anggota Polsek Pulau Petak, menjelang malam sekitar pukul 20.00 WIB.

Johansyah, saat ditemui di tahanan Mapolres Kapuas, Rabu (30/11/2011) mengatakan, perbuatan itu dilakukannya, saat Indah naik kelotok bersamanya, menuju ke Anjir Batola tahun 2009 malam hari.

Karena tergiur dengan kemontokan anaknya, ditambah lagi saat itu, tanpa sengaja rok Indah terbuka, maka Johansyah merangkul dari belakang dan kemudian memperkosanya.

Dari kejadian pertama itulah, Johansyah menjadi ketagihan. Setiap ada kesempatan dan istrinya sedang keluar, Johansyah menyetubihi anaknya. Bahkan pada akhir 2009 itu, Indah tak lagi menstruasi alias mengandung selama dua bulan lebih.

11,68 % mahasiswa dan pelajar Bandung hidap Aids

Penderita Aids




BANDUNG - Menjadi Kota dengan kasus tertinggi di Jabar, perkembangan epidemi HIV/AIDS di Kota Bandung memasuki masa kritis dan memprihatinkan. KPA Kota Bandung mencatat sejak tahun 1991 hingga April 2011, ditemukan sebanyak 2.380 kasus HIV/AIDS dengan rincian 1.142 kasus HIV dan 1.236 kasus AIDS.

Yang lebih memprihatinkan lagi, penularan HIV/AIDS ini tidak memandang usia, jenis kelamin, maupun profesi. Berdasarkan grafik kumulatif penderita HIV AIDS menurut jenis pekerjaan menunjukkan HIV/AIDS menjangkiti kalangan pengangguran atau tidak bekerja sebesar 21,3 persen, pekerja swasta 20,34 persen, mahasiswa dan pelajar 11,68 dan ibu rumah tangga sebesar 9,54 persen.

"Untuk yang pengangguran, karena tidak ada pekerjaan lain makanya mereka lalu nyoba-nyoba nyuntik. Untuk ibu rumah tangga, itu kebanyakan karena tertular dari suaminya. Kasihan," ujar Walikota Bandung Dada Rosada dalam acara Peringatan Hari AIDS Tingkat Kota Bandung di Gedung Biofarma, Jalan Djunjunan, Kamis (1/12/2011).

Sementara menurut kelompok umur, kelompok usia produktif dari 20-29 tahun adalah yang paling tinggi, yaitu sebesar 57,39 persen. Pada usia 30-39 tahun sebanyak 27,98 persen dan pada usia 0-14 tahun ada 3,36 persen.

"Dari 3,36 persen usia 0-14 itu 74 di.antaranya berusia balita. Ini memprihatinkan, balita yang tidak punya dosa, dan tidak tahu apa-apa terkena AIDS," kata Dada.

Melihat hal itu, Dada mengaku sangat prihatin apalagi yang mengidap HIV/AIDS kebanyakan adalah usia produktif yang memiliki peran bagi keluarganya. Karena itu momen Hari AIDS Sedunia ini menurutnya tepat untuk membangun kembali komitmen untuk menanggulangi HIV/AIDS.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular