Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 11 September 2013

KEPARAT: Bersetubuh dengan isteri rakan sendiri


SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.


Farah AF muflis?

 KUALA LUMPUR - NAMA Farah Diana Anuar atau Farah AF kembali menjadi perhatian ramai, apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah, serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini didakwa terlibat dengan kes mencuri.

Ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi, Aweera, Julai lalu.

Untuk mendapatkan bapa Farah sendiri tidak berhasil apabila telefon bimbitnya tidak diangkat, manakala telefon Farah ditutup.(SH)


Selasa, 10 September 2013

Adi Putra nafi gambar lucah miliknya




KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.(kosmo)


Tak ada adab!’ - Datuk Ahmad Ismail Vs Menteri Belia

Datuk Ahmad Ismail


KUALA LUMPUR - Biadab! Itu reaksi keras Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membidas badan induk sukan tradisi itu sejak kebelakangan ini susulan kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa.

“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.

Reaksi keras Ahmad itu susulan kenyataan Khairy yang mahu menyekat peruntukan kepada PSM susulan kekalahan skuad negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF India baru-baru ini sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antara yang berada dalam pertimbangan Khairy adalah menyekat peruntukan RM1 juta setahun yang diperoleh PSM dan rancangan badan induk sepak takraw itu untuk menjalankan program bernilai RM8.8 juta.

“RM1 juta yang disalurkan kepada PSM itu dilihat beliau seolah-olah besar. PSM tidak menerimanya terus ke dalam akuan kami sebaliknya ada yang dibayar terus kepada pihak tertentu seperti pemain, peralatan sukan, kejohanan dan sebagainya. Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. “Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Penaung PSM bagi membentangkan program yang bernilai RM8.8 juta itu. Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan dan sebagainya.

Isnin, 9 September 2013

Film Porno Suami-Istri Jadi Tontonan Layar Tancap di Maumere




MAUMERE - Ini bukan cerita di luar negeri tapi di Nusa Tenggara Timur. Video  mesum yang dilakoni  pasangan suami-istri (pasutri),  PM-MD,  menghebohkan warga Kota Maumere.

Apesnya, video panas layak sensor berdurasi 19 detik itu sudah menjadi tontonan gratis dan menjadi 'layar tancap' di tempat-tempat umum. Video itu diproduksi di salah satu rumah dinas tempat PM-MD tinggal di Kelurahan Beru, Kecamatan Alok Timur, Sikka.

Adegan porno yang diperagakan PM-MD yang kini sudah dikarunia tiga orang anak ini telah diselidiki Unit II Reskrim Polres Sikka dan meminta keterangan PM dan sejumlah saksi.

Beberapa warga Kota Maumere yang menghubungi Pos Kupang di Kota Maumere, Sabtu (31/8/2013) siang, senada meminta wartawan menelusuri adegan tersebut.

"Pak tolong cek, katanya ada video porno yang beredar di Maumere. Orang yang ada di dalam adegan itu semuanya orang Maumere. Suaminya tenaga honor di salah satu dinas di Kota Maumere. Istrinya sering jualan jagung bakar. Keduanya suami-istri. Videonya dibuat di rumah dinas salah satu kantor pemerintah di Kelurahan Beru, Kota Maumere," kata warga Kampung Kabor, yang senggan menyebutkan namanya, Sabtu (31/8/2013) malam.

Ia mengatakan, adegan tersebut  telah menggegerkan warga Kota Maumere.  Setiap hari, mulai dari anak sekolah, dewasa dan orangtua serta  ojek di Kota Maumere menonton video panas tersebut.

"Nanti Pak cek saja pada anak-anak muda dan  ojek di Maumere. Di HP mereka ada adegan itu," kata warga Kabor itu.

Hasil penelusuruan Pos Kupang (Tribunnews.com Network), Sabtu (31/8/2013) malam, adegan panas itu memang ada pada  beberapa HP warga  Kota Maumere.

Setiap hari adegan itu diperlihatkan dan ditonton orang di rumah warga dan tempat umum jika ada orang berkumpul. Adegan tersebut berdurasi 19 menit 27 detik dan tempatnya di sebuah kamar berlantai tehel dan bertembok. Ada lemari pakaian dan ada tempat tidur kayu.

Adegan yang dilakoni pasutri itu di lantai beralaskan kain dan bukan di tempat tidur. Dalam adegan itu ada dugaan di-shooting oleh sang suami berinisial PM.

Video panas yang kini menggemparkan warga Kota Maumere telah tercium aparat Polres Sikka. Polisi langsung memeriksa PM, suami MD yang melakoni adegan tersebut.

Kapolres Sikka, AKBP Budi Hermawan, SIK, kepada Pos Kupang menegaskan, polisi sudah menangani kasus tersebut. "Kasus itu sudah ditangani. Polisi sudah periksa saksi. Kami lagi cari orang yang mengedarkan video tersebut," kata  Budi.

Ia menegaskan, polisi akan menyelidiki kasus ini hingga mengetahui apa motif pasutri PM-MD melakukan adegan tersebut.

Suami dalam penjara, isterinya berkhalwat dicekup


KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya (SH)

Telefon curi tidak boleh diguna mulai November ini


PUTRAJAYA – Mulai November ini, telefon bimbit yang dilaporkan dicuri oleh pemilik asalnya tidak lagi boleh diguna pakai semula.

Ia berikutan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi membangunkan satu sistem baharu yang dapat menyekat penggunaan semula semua jenis telefon yang telah dilaporkan dicuri.(kosmo)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular