Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Jun 2010

Bahasa Indonesia paling banyak digunakan pengguna Facebook Asia



JAKARTA:-- Bahasa Indonesia adalah bahasa paling banyak digunakan di rangkaian sosial Facebook dan kelima paling popular di dunia, menurut kaji selidik terkini bahasa yang digunakan di laman itu.

Kaji selidik yang dijalankan syarikat Inside Network menemui Lebih 20 juta pengguna bahasa Indonesia kini menjadi ahli Facebook.

Bahasa Inggeris adalah bahasa paling biasa digunakan, di mana mencatatkan lebih separuh daripada 400 juta pengguna, diikuti Sepanyol, Perancis dan Turki.

Bagaimanapun, Indonesia jauh meninggalkan rakan negara jiran yang lain, di sebalik infrastruktur komunikasinya yang kurang menggalakkan dan akses komputer yang masih berkurangan bagi negara dengan jumlah penduduk 234 juta.

Rombakan kabinet: Ong Tee Keat digugurkan

KUALA LUMPUR 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet membabitkan beberapa kementerian berkuatkuasa 4 Jun ini.

Antara muka lama yang digugurkan ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan jawatannya diganti oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Manakala jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang selama ini disandang oleh Cho Ha, kini dipikul pula oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung.

Turut digugurkan daripada Kabinet ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.

SENARAI ROMBAKAN:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D’cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Inilah Orang Terkaya di Indonesia


JAKARTA, KOMPAS.com — Pengusaha Budi Hartono masih memimpin sebagai orang terkaya di Indonesia dalam daftar 150 orang terkaya di Indonesia yang dirilis oleh Majalah Globe Asia, Senin (31/5/2010).

Pemilik perusahaan rokok Djarum ini memiliki total kekayaan 4,8 miliar dollar AS atau sekitar Rp 44 triliun. Angka ini naik naik sekitar 0,7 miliar dollar AS dibanding tahun lalu yang mencapai 4,1 miliar dollar AS.

Kekayaan Budi, menurut Globe, berasal dari meningkatnya harga saham Bank Central Asia serta keuntungan dari bisnis rokoknya. Dengan 4,8 miliar dollar AS itu, Budi bisa membeli 19.747 buah pesawat Boeing.

Adapun di posisi kedua adalah pemilik Grup Sinar Mas, Eka Tjipta Wijaya, yang mempunyai kekayaan 4 miliar dollar AS. Kemudian di urutan ketiga adalah Anthony Salim.

Sementara mantan Menko Kesra Aburizal Bakrie berhasil menyalip Putra Sampoerna di posisi keempat. Putra Sampoerna melorot ke posisi 6, sedangkan di posisi lima ditempati oleh Martua Sitorus, pemilik Grup Wilmar International Holding.

Total dari 150 orang terkaya di Indonesia tersebut, tahun ini naik 22 persen menjadi 61,5 miliar dollar AS. Angka itu merepresentasikan sekitar 12 persen dari produk domestik bruto Indonesia.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang mencapai 5 persen, nilai kekayaan para taipan tersebut akan terus meningkat.

Berikut 15 orang yang masuk ke dalam daftar 150 orang terkaya di Indonesia:

1. Budi Hartono (Djarum) 4,8 miliar dollar AS
2. Eka Tjipta Wijaya (Sinar Mas) 4 miliar dollar AS
3. Anthony Salim (Salim) 3,6 miliar dollar AS
4. Aburizal Bakrie (Bakrie) 3 miliar dollar AS
5. Martua Sitorus (Wilmar) 2,5 miliar dollar AS
6. Putra Sampoerna (Sampoerna Capital) 2,4 miliar dollar AS
7. Sukanto Tanato (Raja Garuda Mas) 1,8 miliar dollar AS
8. Dato Low Tuck Kwong (Bayan) 1,4 miliar dollar AS
9. Peter Sondakh (Rajawali) 1,3 miliar dollar AS
10. Eddy William Katuari (Wings) 1,3 miliar dollar AS
11. Murdaya Poo dan Siti Hartarti (Berca) 1,1 miliar dollar AS
12. Hashim Djojohadikusumo (Tirtamas) 950 juta dollar AS
13. Susilo Wonowidjojo (Gudang Garam) 890 juta dollar AS
14. Mochtar Riady (Lippo) 805 juta dollar AS
15. Prajogo Pangestu (Barito) 805 juta dollar AS.

Kematian PTD: Dipaksa minum jus stoking

NORLIA menyiram pusara Nor Hashimah selepas selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam di Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.

Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.

Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.

"Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah

"Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.

Rachel Corrie akan teruskan pelayaran ke Gaza - Dr. M


KUALA LUMPUR - Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu,

akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel semalam.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal itu tetap meneruskan pelayaran melalui perairan Gaza dan tidak akan melalui perairan Israel.

"Kapal itu tidak akan melalui perairan Iarael. Kenapa pula Israel mahu

menghalang orang daripada pergi ke Gaza dan tidak melalui kawasan perairan Israel langsung. Mereka tidak berhak berbuat demikian," katanya.

Malahan, Dr Mahathir berkata dua buah kapal lagi akan belayar ke Gaza dan terdapat warga Malaysia dalam kapal berkenaan.

"Pelayaran kapal itu tertangguh kerana mengalami masalah pada enjin. Mereka berlepas dari Ireland dan perlu melalui jarak lebih jauh tetapi tetap meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya dalam temu bual dengan stesen penyiaran Al-Jazeera hari ini. - Bernama

Hak Indonesia senaraikan sukan yang mereka sukai

( Foto hiasan )



KUALA LUMPUR 1 Jun - KUALA LUMPUR - Walaupun tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia, menyenaraikan pelbagai jenis sukan baru pada temasya dwitahunan yang akan berlangsung pada November tahun depan, Malaysia lebih fokus mencari pingat emas dari sukan yang turut dipertandingkan di Sukan Komanwel, Asia dan Olimpik.

Setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, terdapat sukan baru dan ekstrem yang dipertandingkan di Indonesia, tidak populardi negara ini, malah tidak mempunyai persatuan yang bernaung dengan MOM.

"Menjadi tradisi Sukan SEA sejak 50 tahun lepas, tuan rumah bebas

menyenaraikan acara sukan yang boleh memberi pulangan pingat emas. Itu hak tuan rumah kerana selepas berbelanja besar menganjurkan Sukan SEA, pasti mereka mahu muncul sebagai juara keseluruhan.

"Malaysia pula tetap memberi tumpuan kepada jenis sukan yang dipertandingkan di peringkat Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media republik

itu bahawa Jawatankuasa Olimpik Indonesia bercadang untuk menyenaraikan acara luncur udara, memanjat tembok tiruan, kasut roda, gusti, futsal dan tenis lembut pada Sukan SEA ke-26 tahun depan. - Bernama

Warga Palestin Cederakan Dirinya Dalam Demonstrasi


SEORANG warga Palestin, Moin Mohmed Habib tidak dapat mengawal perasaan sehingga mencederakan dirinya sendiri sewaktu demonstrasi membantah serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat. Lelaki terbabit kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Cheras untuk membantu siasatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular