Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Februari 2011

Rossa Mohon Maaf !!



FOTO: ROSSA





JAKARTA:-- Menanggapi kasus drumer Padi, Yoyo yang kini ditahan kepolisian karena memakai narkoba, mantan istrinya Rossa tak ingin mendramatisir masalah tersebut. Satu hal yang pasti, Rossa pun juga terkejut atas musibah yang menimpa mantan suaminya itu.

“Saya nggak mau mendramatisir yah. Siapapun akan kaget dengar kabar ini,” ujar pelantun lagu Tegar, di Central Park Plaza, Grogol, Jakarta Barat, Minggu (27/2/2011) malam.

Rossa pun enggan memberikan komentar panjang lebar, pasalnya ia takut kalau ada pihak-pihak yang salah persepsi. Sebagai orang yang pernah membangun rumah tangga bersama Yoyo Padi, Rossa berharap mantan suaminya bisa segera melewati kasus tersebut.

“Yang jelas atas nama keluarga saya minta maaf dan minta doa semoga dilancarkan semoga mas Yoyo kembali berkarier,”ungkap Rossa.

Pemukul drum grup band Padi itu ditahan pada Minggu (26/2/2011)pagi, di Apartemen Sudirman Park. Yoyo Padi kedapatan membawa narkoba jenis sabu-sabu seberat 0,5 kg beserta alat penghisapnya. Kini Yoyo Padi ditahan di Badan Nasiona Narkotika, Cawang.

Aceh harus belajar dari Malaysia



FOTO: Bandaraya Kuala Lumpur.






BANDA ACEH - Di tengah gencarnya promosi Visit Banda Aceh Years 2011, Malaysia tak tinggal diam. Negeri jiran ini menjual paket wisata hemat untuk menarik minat orang Aceh ramai-ramai berwisata ke Malaysia.

Pameran paket hemat jalan-jalan ke Malaysia itu dibuka oleh Direktur Tourism Malaysia wilayah Sumatera, Suhaimi di Hermes Palace Mall, Banda Aceh. Pameran dua hari (Sabtu dan Minggu) itu, sebut Deputy Tourism Malaysia, Azidin Md Bidi, menjual paket termurah dari harga Rp300 ribuan untuk terbang langsung dari Banda Aceh-Pineng.

Selain itu, dalam brosur yang dibagikan, paket ini juga menjual paket hotel (penginapan) murah untuk tiga hari dua malam senilai Rp380.000. Kadis Pariwisata Banda Aceh, Reza Fahlevi, mengakui harus banyak belajar dari Malaysia untuk bidang pariwisata.

Wakil Walikota Banda Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal, memanfaatkan momentum pameran itu sekaligus mempromosikan Banda Aceh, terutama di Malaysia. "Artinya, ada timbal balik, sehingga program Visit Years yang dicanangkan tahun ini di Banda Aceh bisa berjalan sukses dan memberi kontribusi untuk daerah dan warganya," katanya, tadi malam.

Bila Malaysia menjual paket hemat, kata Illiza, Banda Aceh juga menjual wisata murah. Tak jauh dari ratusan ribu rupiah. Paket murah itu, meliputi jasa pemandu wisata, hotel dan penerbangan. Sedangkan objek yang ditawarkan seputar wisata sejarah, wisata islami, dan dalam waktu dekat akan dilakukan sanitasi summit di Banda Aceh.

Sementara Kadis Pariwisata Provinsi Aceh, Rasyidah M A Dallah, menyatakan perlu membuat event-event sebanyak mungkin, hingga menarik minat wisatawan lokal dan mancanegara berkunjung ke Aceh.

Kini, kata Rasyidah, tengah dibentuk tim terpadu untuk memudahkan koordinasi antar instansi atau Satuan Kerja Pemerintah Aceh (SKPA), untuk menghindari tumpang tindih dalam pembuatan program pengembangan bidang pariwisata di Aceh.

Rasyidah mengaku, banyak mendapat masukan dari konselor pelancongan Malaysia. Selain harus menampilkan paket ekonomis, murah, aman dan indah, menurut Suhaimi, senyuman dan keramah tamaan serta pelayanan yang baik kepada pengunjung (turis), salah satu keberhasilan Malaysia dalam bidang satu ini.

“Kita juga perlu terjun langsung ke lapangan untuk promosi,” ujarnya seraya tidak menafikan antar negara sangat kompetitif dalam melakukan promosi pariwisata. Saat ini, katanya, ada 342 negara yang saling bersaing menarik turis dunia untuk berkunjung di negaranya. “Tahun ini, kita menargetkan 2.700.000 orang Indonesia berkunjung ke Malaysia,” ungkap Suhaimi.

PKB Siap Hadang Pemakzulan



FOTO: Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa, Muhaimin Iskandar.





JAKARTA:-- Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) siap menghadang pihak-pihak yang ingin memakzulkan presiden dan wakil presiden karena hanya akan menambah kacau kehidupan berbangsa dan bernegara.

"Walau dimungkinkan oleh konstitusi, pemakzulan tidak nalar jika dilakukan saat ini. PKB akan berdiri paling depan menolak pemakzulan," kata Sekretaris Dewan Syura PKB Andi Muawiyah Ramli di Jakarta, Minggu.

Andi mengemukakan hal itu saat bicara dalam diskusi bertajuk "Bahaya Pemakzulan Bagi Kehidupan Berbangsa dan Bernegara di Era Demokrasi" di kantor DPP PKB.

Menurutnya, pemakzulan akan menyebabkan perpecahan di antara elemen bangsa dan merusak tatanan politik yang sudah dibangun selama ini.

Selain itu, juga akan memporak-porandakan perekonomian yang sudah mulai membaik.

Menurutnya, pemakzulan boleh dibilang kudeta tak berdarah, dan PKB pernah memiliki pengalaman pahit dengan dilengserkannya KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dari kursi kepresidenan.

Ketua DPP PKB Helmy Faishal Zaini menambahkan, penolakan PKB terhadap gerakan yang menginginkan pemakzulan karena ingin menyelamatkan demokrasi yang sudah dibangun sejak awal reformasi.

"Jangan latah dengan yang terjadi di negara lain," kata Helmy merujuk kejadian di sejumlah negara Arab, seperti Tunisia, Mesir, dan saat ini Libya.

GEMPAR :‘ Pokok petai menagis dan mengeluarkan air mata'




FOTO: Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.




KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Pelajar perempuan dicabul sebelum dirotan



FOTO: Mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.




KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

Lampu hijau 45,000 pekerja asing









KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Pencuri tahi bijih pecah lantai



FOTO: BEGINILAH keadaan lantai sebuah rumah yang dikorek oleh pencuri tahi bijih di George Town semalam.




GEORGE TOWN – Jika dahulu, mereka mengorek kawasan tanah secara curi-curi kini mereka sanggup memecahkan lantai tiga buah rumah di Kampung Makam, Sungai Pinang.

Ia semakin menjadi-jadi sejak dua bulan lalu dan kegiatan itu menyebabkan penduduk berhampiran tempat tersebut bimbang ia merebak ke sekitar kawasan rumah mereka jika perkara berkenaan terus dibiarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Makam, Muhammad Imran Mohd Saad berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan mahu tindakan tegas daripada pihak berkuasa berkenaan.

“Kami sudah membuat dua laporan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan pencuri tahi bijih timah ini termasuk memecah dan merosakkan tiga buah rumah kosong pada 15 Januari lalu,” ujarnya, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, terdapat lima deretan rumah kosong dua tingkat di situ manakala tiga daripadanya telah dimasaki penceroboh yang mengorek tanah di situ bagi mendapatkan tahi bijih timah atau nama saintifiknya tantalum menggunakan cangkul dan tukul besi pada waktu malam.

Malah, terdapat dua lubang sedalam dua meter dikorek di bahagian ruang tamu setiap rumah kosong itu yang kawasannya dipercayai sebahagian bekas lombong bijih sekitar tahun 1930-an.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular